Thursday, February 27, 2014

Hafiz Hamidun berjaya menawan PISA!

Alhamdulillah, kali ni saya dan sahabat berpeluang untuk menyaksikan secara lansung Konsert Zikir Terapi Hafiz Hamidun di Penang International Sport Arena (PISA) baru-baru ni. Konsert yang ditaja khas oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini merupakan konsert ketiga selepas diadakan di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Jom lihat gambar-gambar yang sempat di ambil semasa berlansungnya Konsert Zikir Terapi













Sebenarnya, banyak nak cakap mengenai Konsert Zikir Terapi ni tapi bagi preview gambar dulu lah ye!
sebelum terlupa, jangan lepaskan peluang untuk saksikan tayangan premium Konsert Zikir Terapi di Youtube Channel pada 1 Mac 2014.

Wednesday, February 12, 2014

TODAY > YESTERDAY / TODAY < YESTERDAY

Assalamualaikum, tajuk entri kali ni macam pelik je kan? Tapi sebenarnya tak ada pelik sangat. Siapa yang faham tajuk entri kali ni? Cuba angkat tangan sikit... hehe. OK, maaf jatuhkan tangan tu, memang saya tak nampak.

TODAY > YESTERDAY / TODAY < YESTERDAY

Simple mathematics method yang mungkin relevan untuk entri kali ni, jadi biar gambar berbicara :


Cuba jawab soalan ini,

1. Adakah kita hari ini (TODAY) lebih baik dari semalam (YESTERDAY)?
2. Adakah kita hari ini (TODAY) lebih buruk dari semalam (YESTERDAY)?

Nak tahu jawapannya? Sekali lagi sila angkat tanggan gaya bebas..hehe
Ok jawapan dia ialah,

1. Jawapan: Ya! BERUNTUNGLAH mereka.
2. Jawapan: Ya! RUGILAH mereka.

Dari Riwayat Al-Bukhari & Muslim
"Barangsiapa yang hari ini lebih bagus dari semalam, maka dia dari kalangan yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi"


Jom tonton video yang sangat menarik ini dari Iproduksi


Akhir sekali, sebagai kata penutup dari video di atas dan bagus juga untuk peringatan bersama, ingatlah tiada istilah "saya sudah cukup baik"


~ Waalahualam ~


Orang yang berjaya ialah orang yang beriman dan berjihad pada jalan Allah



Berdasarkan Surah At-Taubah (ayat 20)
(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.

SURAT SERUAN JIHAD ABDULLAH IBNU MUBARAK KEPADA FUDHAIL BIN I'YADH
Ini adalah surat Imam Abdullah bin Al Mubarak di medan jihad kepada Imam Al Fudhail bin I'yadh yang sedang asyik beribadah di Haramain (Mekkah dan Madinah)



Antara bait-bait syair yang ditulis oleh Abdullah bin Mubarak kepada Fudhail bin I'yadh, mengajak menyertai peperangan di medan pertarungan.

Wahai para ahli ibadah di al-Haramayn,
kalau kamu menyaksikan kami,
maka kamu akan mengetahui bahawa sesungguhnya,
kamu bermain-main dalam ibadah,
kalau orang-orang membasahi pipinya dengan air mata yang mengalir deras,
maka dengan pergorbanan kami, kami mengalirkan darah yang lebh deras,
kalau kuda-kuda orang kepenatan dalam perkara batil,
sesungguhnya kuda-kuda kami penat,
dalam melakukan penyerbuan dan peperangan,
bau wangi-wangian menjadi milikmu,
sedangkan bau wangi-wangian kami adalah debu-debu jalanan,
telah datang kepada kami sabda nabi,
sabda yang benar jujur dan tidak bohong,
tidak sama debu kuda-kuda Allah,
di hidung seseorang dan asap yang menyala-nyala,
inilah kitab Allah yang berbicara kepada kami,
bahawa orang mati syahid tidak diragukan lagi,
tidak sama dengan orang mati biasa


Hasil dari surat ini, Fudhail bin I'yadh nyata mengakui kebenaran terhadap kata-kata Abdullah bin Mubarak. Hasilnya, Fudhail bin I'yadh adalah lambang seorang pejuang sufi sebenar, BUKAN SEKADAR BERADA DI TUKAR SEJADAH TETAPI TURUN KE MEDAN PEPERANGAN.




Sama-samalah kita perhatikan makna bait kata syair ini.

8 PERKARA TANGGUH BERJUANG :


1. Bapa 




2. Anak-anak



 3. Saudara-saudara



4. Isteri-isteri/Suami-suami



5. Keluarga




6. Harta Benda 



7. Perniagaan 



8. Rumah/Tempat Tinggal




Berdasarkan Surah At-Taubah ayat 24






Sekadar Perkongsian

Thursday, September 13, 2012

HR Sembang: SONGKOK LAST MINUTE.



Semalam, di ofis HR ada Majlis Sambutan Hari Raya TNB peringkat Negeri Perak. Apa lagi dah jadi salah satu tangungjawab sebagai tuan rumah kena bertugas. Jadi pada hari tersebut HR ditugaskan untuk menjadi penyambut tetama @  usher.

Seperti biasa, bangun-bangun pagi baru nak gosok baju melayu, cari songkok (bilalah nak ade org sediakan semua ni?). Yang hairan dan menjadi huru hara sikit pagi tu (tak de lah huru hara sangat) apabila tak jumpa mana songkok HR. Mana hilangnya SONGKOK? Padahal baru Hari Raya hari tu pakai. Dalam kekalutan itu, terus chow juga pergi Ofis takut terlewat.



Teringat pesan BOS, esok wajib pakai satu suit siap baju melayu bersampin dan bersongkok (awat tak mintak tanjak, keris, pedang dll..haha) untuk siapa yg terlibat sebagai penyambut tetamu. Jadi nak tak nak kena cari juga "SONGKOK LAST MINUTE".

Mula-mula cari "SONGKOK LAST MINUTE" dekat Tesco. (Sebab Tesco je satu2nya pasaraya yg buka awai pagi). Masuk-masuk Tesco dengan harapan berkobar2, jumpalah selonggokan songkok dengan SALE 50% hanya tingga RM4.00. Wow!! murahnya. (jgn tnya pasal kualiti lah, asal ada sudah) Malangnya, saiz semua habis, tinggal majoriti saiz kanak-kanak. (Kecewa).


Breakfast dulu lah.........

Kemudian, misi diteruskan ke destinasi kedua, dari jauh sudah nampak songkok di dalam kedai tu. (Nama kedai perlu dirahsiakan). Jom masuk!!(macam pergi ramai2 je, padahal cr sorg2 je)

Aku : Adik boleh tengok songkok size 22 setengah tak? (tips aku: Aku selalu panggil adik kepada pembantu kedai walaupun nmpk tua dari aku, kalau mak cik aku panggil kakak. Nanti mesti mereka rajin sikit nak layan kita..haha)

Adik Kedai : Tengah menyapu kedai yang baru buka tu terus tinggalkan kerja sebentar untuk melayan aku. (Tip:berjaya tak?)

Aku : tak muat lah adik, amik size besar sikit dari yang ini boleh tak? Sambil tu, datang seorang lagi pembantu kedai turut melayan ku.

Adik Kedai 2 (yg ni mcm kakak sikit..haha) : Cuba amik yg size 22 3/4. Mereka berdialog sesama sendiri.

Aku : Ok yang ni muat. (Perfect Match) Berapa harga dia?

Adik Kedai 2 : RM18.00

Aku : tak boleh murah sikit ke adik? (berbahasa sikit untuk tawar)

Adik Kedai 2 : Hmmmmmm... 16.00 ringgit la bang

Aku : 15 ringgit boleh tak?

Adik Kedai 2 : Hmmmmmm... Boleh lah bang...

Aku : Terima kasih, saya ni last minute baru nak cari songkok... (cuba meramahkan diri)

Adik Kedai 2 : Orang laki memamg macam tu. Suka buat kerja last minute kan!!!

Aku : Hanya mampu tersenyum, dalam hati HAMPEH TUI!! REJEK NAK JD CALON ISTERI GUA... hahaha

SONGKOK LAST MINUTE punya cerita...........................