Wednesday, March 23, 2011

Hujan Isu: kalaulah tak wujudnya tekanan?






Tension! Tension! Tension!
Feedup! Bengang! Pening kepala!
Buntu! Blur! Emosi terganggu! Jiwa Kacau!
Hati tak tenteram!.....
adakah anda mengalami STRESS..hehe?



erm perkara biasa la tu...lumrah hidup, kalo tak mengalami stress maka busanlah hidup kita.. mendatar, flat jek...Jadi, apa kata kita anggap sahaja STRESS itu sebagai CABARAN buat diri kita untuk melangkah kehadapan dan teruskan perjuangan tapi bukan untuk menambahkan kekusutan, kecelaruan, kebimbangan dll... lagi kita pikir....lagi memudaratkan...yang susah nanti siapa? tak de org lain...kita juga...
baik pikirkan!




Apa itu STRESS?

Stress ini merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, perasaan risau, murungan, hilang daya dan lain2. Ada rasa macam ni? anda dikategorikan orang yang tengah mengalami STRESS la tu.....
Gejala stress ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya. Senang citer, benda yg luar dr kemampuan/kebolehan kita......


Apa kita perlu buat untuk hilangkan rasa STRESS?

soalan mudah je ni...hehe..erm meh nak citer..yang paling penting kita "think positif","take it easy" dan senyum...senyum merupakan penawar yg berkesan...



tak berjaya jugak... ok ok ok...HR faham tak semua orang sama cara menangani stress, betul tak?
Ok setiap individu mesti ada cara paling dia suka buat betul tak? contoh:-
-karaoke
-berkebun
-main gitar
-lepak2
-chating
-makan
-main dgn binatang peliharaan
-futsal
-shopping......dll






Ha, jadi kalau korang rasa tension/stress cuba buat aktiviti yang korang suka untuk menghilangkan rasa itu...contoh lain mcm HR, tengah stress sebenarnya ni...sebab tu terpanggil tulis pasai STRESS...



APA guna KAWAN/FAMILY?

Kawan yang sejati adalah kawan yang boleh berada di sisi kita tak kira susah senang...tak salah kalau kita gunakan kawan untuk meluahkan rasa tekanan kita...tp pastikan kita pandai mencari kawan yg boleh mendengar masalah kita, jgn cari kawan yg boleh membebankan kita balik...lag1 satu jangan melempiaskan segala masalah kepada kawan kita..takut2 nanti die pn feedup...dengan kawan ni cuba kita bertolak ansur dan amalkan prinsip "give and take"..maksudnya, bila kita susah dan perlukan kawan, kita cari dia, dan tiba masa kawan kita pulak yang susah dan perlukan kawan, kita kena sentiasa ada utk dia....
sama jugalah dengan keluarga, kalau ada masalah ingat kita masih ada keluarga iaitu ibu, bapa, kakak, abg, adik dll..jgn buat keputusan terburu-buru..fikirkan orang yang tersayang...cuba kita luangkan masa dengan keluarga mahupun kawan2, mungkin dengan cara ini masalah/tekanan/stress boleh hilang.."sharing is caring"




Apa yang perlu dielak kalau korang STRESS?

-jangan melibatkan orang yang tak bersalah, kadang2 kita tak sengaja melepaskan tekanan kita kepada org yg tak sepatutnya...bahaya ni...cuba elakkan
-menghisap dadah,minum arak...ni lagi2lah bahaya...banyak cara lain yang kita boleh lakukan...dengan menghisap dadah dan minum arak ni, bukan mengurangkan masalah, malah menambah lagi beban yang ada...
-dan yang paling digeruni, jangan sesekali mencederakan diri anda atau dengan maksud lain BUNUH DIRI....




Reaksi stress adalah unik kepada individu itu. Apa yang kita definasikan sebagai stress,bagaimana kita beraksi kepada stress dan bagaimana baiknya kita mengawal stress adalah bergantung kepada bagaimana individu itu menerima dirinya dan orang lain. Seperti juga penerimaan seseorang itu kepada kebahagian dalam kehidupan, ianya adalah begitu subjektif.

tapi jika anda masih mengalami stress, dan tiada cara untuk meluahkannya, jangan lupa yang kita masih ada Tuhan yg Esa di sisi kita...mohon kepadaNya....ini adalah cara yang paling afdal patut kita ikuti untuk kita mengawal STRESS....


"Makin jauh kita lari daripada masalah, makin dekat ia menghampiri kita"




Semoga Berjaya myHR

No comments:

Post a Comment