Thursday, September 13, 2012

HR Sembang: SONGKOK LAST MINUTE.



Semalam, di ofis HR ada Majlis Sambutan Hari Raya TNB peringkat Negeri Perak. Apa lagi dah jadi salah satu tangungjawab sebagai tuan rumah kena bertugas. Jadi pada hari tersebut HR ditugaskan untuk menjadi penyambut tetama @  usher.

Seperti biasa, bangun-bangun pagi baru nak gosok baju melayu, cari songkok (bilalah nak ade org sediakan semua ni?). Yang hairan dan menjadi huru hara sikit pagi tu (tak de lah huru hara sangat) apabila tak jumpa mana songkok HR. Mana hilangnya SONGKOK? Padahal baru Hari Raya hari tu pakai. Dalam kekalutan itu, terus chow juga pergi Ofis takut terlewat.



Teringat pesan BOS, esok wajib pakai satu suit siap baju melayu bersampin dan bersongkok (awat tak mintak tanjak, keris, pedang dll..haha) untuk siapa yg terlibat sebagai penyambut tetamu. Jadi nak tak nak kena cari juga "SONGKOK LAST MINUTE".

Mula-mula cari "SONGKOK LAST MINUTE" dekat Tesco. (Sebab Tesco je satu2nya pasaraya yg buka awai pagi). Masuk-masuk Tesco dengan harapan berkobar2, jumpalah selonggokan songkok dengan SALE 50% hanya tingga RM4.00. Wow!! murahnya. (jgn tnya pasal kualiti lah, asal ada sudah) Malangnya, saiz semua habis, tinggal majoriti saiz kanak-kanak. (Kecewa).


Breakfast dulu lah.........

Kemudian, misi diteruskan ke destinasi kedua, dari jauh sudah nampak songkok di dalam kedai tu. (Nama kedai perlu dirahsiakan). Jom masuk!!(macam pergi ramai2 je, padahal cr sorg2 je)

Aku : Adik boleh tengok songkok size 22 setengah tak? (tips aku: Aku selalu panggil adik kepada pembantu kedai walaupun nmpk tua dari aku, kalau mak cik aku panggil kakak. Nanti mesti mereka rajin sikit nak layan kita..haha)

Adik Kedai : Tengah menyapu kedai yang baru buka tu terus tinggalkan kerja sebentar untuk melayan aku. (Tip:berjaya tak?)

Aku : tak muat lah adik, amik size besar sikit dari yang ini boleh tak? Sambil tu, datang seorang lagi pembantu kedai turut melayan ku.

Adik Kedai 2 (yg ni mcm kakak sikit..haha) : Cuba amik yg size 22 3/4. Mereka berdialog sesama sendiri.

Aku : Ok yang ni muat. (Perfect Match) Berapa harga dia?

Adik Kedai 2 : RM18.00

Aku : tak boleh murah sikit ke adik? (berbahasa sikit untuk tawar)

Adik Kedai 2 : Hmmmmmm... 16.00 ringgit la bang

Aku : 15 ringgit boleh tak?

Adik Kedai 2 : Hmmmmmm... Boleh lah bang...

Aku : Terima kasih, saya ni last minute baru nak cari songkok... (cuba meramahkan diri)

Adik Kedai 2 : Orang laki memamg macam tu. Suka buat kerja last minute kan!!!

Aku : Hanya mampu tersenyum, dalam hati HAMPEH TUI!! REJEK NAK JD CALON ISTERI GUA... hahaha

SONGKOK LAST MINUTE punya cerita...........................