Saturday, April 21, 2012

Hujan Makan: Yong Tau Foo

Salam sahabat-sahabat HR
 Ini adalah salah satu entri yang sudah lama tertungak dekat account HR... 
Berkongsi minat lagi tetapi kali ini minat terhadap makanan plak...

HR kalau setiap kali balik kampung (Taiping) masa belajar dekat U dulu, mesti datang singgah ke kedai Yong Tau Foo Kak Lia dekat belakang Bomba Taiping.... jadi kalau korang nak datang makan Yong Tau Foo yang sedap dan murah dekat area Taiping...Jom serbu kedai ni...

Promote sikit sebab Kak Lia ni selalu bagi harga makanan murah dekat HR, terima kasih Kak, semoga murah rezeki perniagaan akak...Amin

Anak dara Kak Lia ala2 Najwa Latif..hehe
Yong Tao Foo merupakan salah satu makanan feveret HR, kalau nak ikutkan sejarah yong tau foo ni, yang HR tahu merupakan sejenis makanan tradisi dari kaum Cina. Betul ke?
Betui la tu, tetapi telah diolah menjadi makanan rakyat 1Malaysia... 

Proses pemilihan dijalankan sebelum direbuskan
Pucuk, Sosej antara pilihan wajib HR
Ok, selepas pilihan dilakukan, tunggu Kak Lia rebus makanan tu dahulu sehingga masak... barulah dituangkan dengan sos pekat & likat bersama kacang tumbuk... Jadi, inilah hasilnya...terbaik!!!

Terliur dibuatnya.....



Kalau datang ke Taiping jangan lepaskan peluang singgah di kedai Kak Lia ok, baik orangnya, yang penting Insyallah harga memang tak cekik darah nak membayor.... hehe

Assalamualaikum


Friday, April 20, 2012

Hujan Idea: Bila Hobi & Minat dimuntahkan

Assalamualaikum
Salam Semua....
How are you??

Sudah lama HR tak lawat blog ini.. Kesian kau Blog mesti kau merajuk dengan aku kan.. Kecewa bertuankan aku..hehe..


Kali ni, HR kembali mengimarahkan blog ni sebab rindu nak tekan-tekan butang dekat keyboard sambil kepala otak melompat-lompat idea nak tulis apa..

Kali ini, tak da lah isu best sgt nak dikongsikan...cuma rasa sedikit teruja nak berkongsi HR punya aktiviti seminggu ni..haha

Dalam masa seminggu ni HR sibuk sikit, biasalah dengan training lagi, kerja dekat ofis boleh tahan jugak... tapi demi persahabatan dan minat HR terhadap rekaan kad2, HR  dapat menyempurnakan permintaan sahabat HR untuk mereka sticker atau satu Kad Ucapan Terima Kasih untuk cenderahati pada tetamunya semasa di Majlis Perkahwinannya nanti...

Inilah contoh yang kawan HR mahukan untuk design sticker pada paper bag :

Contoh


Sebenarnya HR tak pernah kongsi atau beritahu yang HR memang minat dalam rekaan card, banner, flyers, identity Tag, button ke...dan lain-lain termasuklah gambar...

Kalau nak ikutkan tak da lah HR hebat sangat pun dalam bab2 edit mengedit ni tapi HR hanya pandai Mix & Match ja..

Ok untuk tidak melengahkan masa korang baca HR punya blog ni... Jom la tengok beberapa Sticker yang HR design kn tuk kawan HR....


Tale of Love

Couple Key chain
Puzzle of Love

Rekaan ini dihasilkan menggunakan perisian Adobe Photoshop.... untuk design di atas ni memang HR Mix&Match sahaja..Jadi apa komen korang?? tinggalkan komen untuk HR improve lagi kreativiti yg ada....

Bye2 & Assalamualaikum