Saturday, March 19, 2011

Hujan Fakta: apa itu Insulator?



Semenjak duamenjak ni...HR byk post pasai corona lah, insulator lah, dll....
terfikir plak HR tentang mesti tak semua tahu ape itu insulator...betul x?? mesti ade yg tertanya2 apa itu Insulator, fungsi die, knpe wujudnya ia dan sebagainya...
sebab itu lah HR terpanggil rasanya nk post apa itu Insulator??

ok kita mulakan dengan definisi Insulator...

kalau kita melayukan maksud Insulator ni = PENEBAT....
Ok penebat merupakan satu bahan yang tidak dapat mengalirkan arus elektrik.
Contoh: Kaca, getah, kayu, seramik, kertas dll

kalo bahan yg boleh mengalirkan arus elektrik kita panggil die konduktor/pengalir.
contoh: besi, aluminium, logam dll..










apa fungsi PENEBAT dalam Voltan Tinggi?

Ok secara ringkas penebat ini dipasang seperti di Menara Pylon untuk memisahkkan atau mengasing antara pengalir dan penebat.
Selain itu, penyelenggaran mudah dijalankan sekiranya terdapat breakdown dll
Kalo kita amati dekat2 lagi... penebat ni akan dipasang di antara tiang menara pylon dan kabel. Ini bagi mengelakkan voltage short di tiang menara yang juga terdiri dari bahan pengalir. pendek citer diwujudkan penebat ini untuk memberi keselamatan kepada kita semua.



Antara kategori Penebat/Insulators?
1. gentian kaca
2. penebat komposit seperti getah silikon
dan panjang rod bergantung

Ok ini pula design yg telah direka oleh ahli kumpulan HR untuk projek semester.
Ujikaji: Design prototype of HV Insulator
Bahan: Plastik, Kayu dan gam sahaja


Ok supaya serba sedikit keterangan di sini dapat memberi penjelasan kepada myHR....

kalau ade penambahbaikan ke, kesalahan yg HR citer bolehlah dikongsi bersama..(",)

HR=HujanRahmat
myHR=u as a READER..TQ

2 comments:

  1. bole x nk report utk test high voltage ni?ade simpan lagi x? kalau ade nk bole?

    ReplyDelete
  2. maaf....seriusly xprasan comment ni sb saya sendri pn dah jarang bukak...
    rsnya report ni dah xda kt saya tp kalo nak saya leh usahakn dpt dr ahli group yg lain

    ReplyDelete