Wednesday, October 26, 2011

Coming soon!!

Serius lama giler HR tak update...
Serius malas giler HR nak post...
Serius HR rindukan blog ini....haha

Coming soon...???
what are nonsense of coming soon HR try to tell?
ya! Actually the end of october..is a very very special day to me will happen...
I'm full of excited for attend on my Graduation day.....

little teddy reuse for gift for my friends..hehe

Allhamdulilah....Lastly..... My graduation day come true on me!!

p/s:waiting for my Graduation Day's pic soon.....

Saturday, May 28, 2011

Hujan Ushar: Nur Kasih versi Hujan Rahmat

Salam semua.....

Nur Kasih versi HR? Apa kes entri kali ni??Ada cerita menarik ke??
Kali ni HR tak ada nak berfalsafah/ngomong/beri pandangan/ulasan panjang-panjang seperti kebiasannya HR selalu coret di dalam Blog ni.. hehe. Entri kali HR hanya nak share beberapa gambar yang kawan HR shootkan sehari selepas melayan Nur Kasih The Movie. Masa ni mood Nur Kasih masih membuak-buak sebab tu kami mengambil kesempatan untuk berpetang sejenak di suatu kawasan bendang atau sawah padi di Gunung Semangol, Perak.
Indahnya ciptaa tuhan...

Kebetulan time ni kawan HR, Diyana Farhana baru nak belajar guna DSLR hak milik brothernya... HR time tu jadi talent secara tak sengaja. Nasib baik kawan HR ni bawa adik dia, Aqif Iman, ada la juga teman nak bermain sebab kawan HR tu sibuk menguji DSLRnya. HR sibuk melayan adik dia sahaja.... Best layan budak-budak ni.

Jom tengok beberapa koleksi gambar HR yang berlatar-belakangkan sawah padi yang luas terbentang, sambil mengecapi keindahan matahari melabuh tirainya. Tenang lagi mendamaikan.




Yup..It's Me!!!

Bestkan kalau rumah tepi bendang, HR selalu teruja kalau dapat pergi rumah kawan-kawan yang dikelilingi bendang..hehe.

Ok...kepada semua..tunggu HR masukkan entri baru dari masa ke semasa ok.. Jangan jemu-jemu singgah di blog HR....TQ

Thursday, May 26, 2011

Hujan Baca: HR sebagai Cikgu (Part 2)

kisah ini adalah sambungan dari kisah HR pernah jadi Cikgu....

Seperti dijanjikan HR di entri sebelum ni, HR nak kongsi pengalaman HR menjadi cikgu Bahasa Melayu (BM) di kelas PO1.....seperti HR maklumkan sebelum ni yang HR rasa berat sangat nak mengajar BM sebab rasa macam tak challenging kena ajar subjek ni..haha, ramalan awal HR nampaknya sangat meleset, terlebih chalenging rupanya bila dah masuk kelas peralihan ni.... haha..walaupun orang cakap ajar BM je pun...tapi korang belum tahu lagi HR ajar Bahasa Melayu untuk siapa?..belum rasa, cakap memang senang..hehe

Ok, HR ditugaskan untuk mengajar subjek Bahasa Melayu untuk pelajar-pelajar kelas PO1.
Kelas apa tu??? Ha, kalau korang semua nak tahu kelas PO1 adalah kelas peralihan untuk pelajar-pelajar yang tidak mencukupi syarat minimum sekurang-kurangnya C untuk subjek Bahasa Melayu semasa UPSR akan ditempat di kelas peralihan di sekolah menengah sebelum menganjak ke tingkatan 1.

Kelas PO1 ini terdiri daripada 25 orang pelajar, 20 berbangsa Cina & 5 berbangsa India yang memang mempunyai kelemahan di dalam subjek Bahasa Melayu. Kalau nak ikutkan matapelajaran lain mereka sangat baik, terutama Matematik untuk pelajar2 cina dan Bahasa Inggeris untuk pelajar2 India.

Kelas PO1 sudah jadi 1Malaysia kalau termasuk HR..hehe

Pelajar kelas ini sangatlah degil, bising dan selalu bergaduh antara mereka. Sampai dengan HR pun mereka nak cari gaduh. Kalau setakat mencarut marut tu tak heran dah HR dengar. Masuk saja kelas ini mood HR mesti berubah. Muka kalau boleh nak bagi berubah warna merah pekat, bibir tak mahu mengukir senyuman lansung, konon-konon nak bagi mereka takut tetapi "Haiya, tak cukup takut lagi ma". Bila HR mengajar di depan, mereka buat perkara lain seperti bersembang, membaca majalah, sikat rambut & melaram depan cermin. Waktu HR ajar mereka boleh selamba badak buat perkara-perkara tersebut. Siapa tak tension???

Ingat nak berlakon jadi garang macam Hulk..hehe

Pernah HR campak majalah yang mereka baca keluar kelas, HR rampas sikat rambut tapi perkara paling mendatangkan marah bila dalam waktu kelas BM mereka buat homework subjek lain. Macam HR cakap tadi, mereka tak berminat nak belajar BM, tapi kalau Matematik, Pendidikan Seni...mereka suka sangat. Kalau macam tu, memang HR akan rampas buku latihan mereka sampai habis waktu kelas baru pulangkan balik.

Kalau bab denda-denda ini tak payah HR nak ulaslah..semua hukuman sudah diberi kecuali hukuman keluar kelas sebab mereka tak payah cakap keluar kelas lagi, siang2 dah mereka memang suka ponteng kelas. HR haramkan mereka pergi ke tandas waktu kelas HR. Kalau bagi peluang, memang tak balik ke kelas semula nanti. kalau teserempak dengan pengetua, penolong kanan, guru disiplin, HR juga yang kena nanti.
Haram ke tandas semasa kelas HR bermula..
Pelajar-pelajar kelas ini memang tak berapa fasih nak bertutur dalam Bahasa Melayu, payah HR nak ajar mereka sebab bila HR buka mulut saja, memang confirm mereka tak faham. Kadang-kadang dah jadi macam kelas subjek BI pun ada, because some student in this class able to understand English better than BM..dah HR mula berspeaking plak..huhu.

Tapi tak semualah yang kurang faham, ada yang masih memahaminya serba sedikit. Terutamanya Kok Hui, ketua kelas PO1, dia ni selalu digunapakai oleh HR untuk translator..hehe... bila pelajar lain tak faham, HR akan tanya, "Kok Hui, u faham ka?kalau u faham u terang kat kawan2 u jap"...lalu Kok Hui akan translate kan dalam Bahasa Mandarin..abis itu pelajar India macam mana?...erm HR la yang terpaksa bagi faham, kalau tak faham juga, HR suruh mereka buat2 faham je la..hehe.
Agak2nya macam ni kot HR tengah mengajar
Kadang-kadang HR terpaksa melukis dahulu nak bagi faham apa yang HR hendak sampaikan. Nasiblah HR lukisan cemerlang..haha..tapi kalau bab2 melukis ini ada pelajar2 kelas ni berminat...tak payah disuruh-suruh, kadang-kadang dah siap bercolour lukisan tu....

Bayangkan HR kena masuk kelas PO1 ni tiap-tiap hari, tiada terkecuali...
Seminggu HR diberi 13 masa dengan budak2 kelas ni:
1 masa = 40 minit.
Maka, seminggu ada 13 X 40 minit = 520@ 8jam 40 minit mengadap mereka.
Purata sehari masuk kelas PO1,
520/5= 104minit  @ 1jam 44 minit.

Hari-hari HR kena mengadap mereka dalam masa sejam lebih ni pun da tak sanggup rasanya..hehe
Nak ajar kelas ni memang kena mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, Walaupun penat & susah mengajar kelas ni..HR kena laksanakan juga sebab ini tangungjawab HR.

Kisah di PO1:
Pada satu hari HR terlampau begang dengan kelas ni, sebab tak tumpu perhatian dengan apa yang HR ajar...Apa lagi, HR memang naik angin dekat satu kelas & buat-buat merajuk keluar kelas..padahal time tu da malas nak mengajar sebenarnya..
tengok2 esok atas meja ada note "Minta maaf Cikgu", dan siap ada tandatangan pelajar kelas tersebut....

Maaf diterima wahai anak2 murid ku...hehe

Disertakan sekali beberapa kertas macam gambar bawah ni, ada banyak jugak la..yang hairannya, HR tak suruh buat denda macam ni pun tapi diorg terlebih pandai mendendakan diri sendiri..hehe..tapi yang tak tahan, cuba baca ayat bawah ni..."saya maafkan cikgu", aik!! Macam HR pula yang buat salah...haha..apa2 aje lah..

saya maafkan cikgu???
Yang ni pula contoh beberapa kertas ujian mereka... disuruh tulis ayat, die salin balik soalan..ni memang sah2 tak tahu nak tulis apa la ni...



Banyak tugasan2 mereka ni bila disemak boleh buat HR ketawa sorang2, mana taknya, setiap ayat yang mereka tulis mesti terbawa2 dialek percakapan mereka di kertas.. contoh macam dialog di bawah ni (100% hasil pelajar kelas PO1)

Page 1


Page 2
p/s: kalau kurang jelas klik saja dekat gambar tu...

Kadang2 tu sampai HR dan buntu nak ajar apa, nak mudah HR buat ujian ejaan BM... Ayat2 ejaan ni on the spot je HR fikir, sebab malas nak rancang awal2..ejaan ni dilakukan bila ada masa terbuang sahaja..hehe



Siap ada lukisan gambar HR lagi!!!
Walaubagaimanapun kelas ini banyak meninggalkan kenangan buat HR. Perasaan kecian wujud juga dekat pelajar-pelajar kelas ini sebab mereka masih belum fasih bertutur & memahami Bahasa Melayu dengan baik...HR dah cuba mengajar mereka sampai mana yang HR termampu. Harap apa yang HR ajar mereka dapat membantu mereka walaupun sedikit.

"Bila mereka nakal-nakal di dalam kelas, baru HR perasan betapa susahnya nak jadi cikgu, berdepan dengan pelajar yang bermasalah"

"Bila mereka bising-bising di dalam kelas, baru HR sedar, betapa hampa perasaan cikgu yang mengajar di depan" 

"Bila mereka tak boleh skor dalam ujian, baru HR terasa, betapa kecewanya seorang cikgu kerana pencapaian pelajarnya kurang memuaskan"

"Selama ini kita pernah mempunyai guru, tapi kita masih tidak dapat memahami perasaannya, tetapi bila kita sendiri ditempatnya, baru kita tahu bagaimana perasaan seorang guru"

Masa akhir tahun, HR dapat juga hadiah dari kelas ni sebagai tanda penghargaan..walaupun sudah marah2 mereka, selalu denda2 mereka, tetapi mereka ingat juga dekat HR..terima kasih buar pelajar PO1 kerana mengisi kekosongan dalam kotak2 kenangan HR....

kisah ini adalah sambungan dari kisah HR pernah jadi Cikgu....

Sunday, May 22, 2011

Hujan Baca: HR Pernah Jadi Cikgu???

Yup!!! Percaya atau tidak sebelum HR melangkah pengajian ke universiti, HR pernah menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) selama 6 Bulan...hehe.

Minat ke jadi cikgu???
Sebenarnya minatlah juga sebab dikalangan adik beradik  pun sudah ada 2 orang kakak HR yang telah menjadi warga pendidik.

Kisah HR sebagai Guru ni masa tahun 2008, time tu mengangur, tak da kerja, dah busan duduk rumah, nak sambung belajar tak dapat =(
Tanpa berfikir panjang HR pun pergilah apply nak jadi cikgu sandaran di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Larut Matang & Selama. Tak sangka petang tu terus dapat calling dari PPD suruh ambil surat lapor diri. "Yes!!! Dapat jadi cikgu..hehe.." berbunga2 hati time tu...

Lihat surat lapor diri tu terkejut rasa,sebab kena lapor diri keesokkan harinya juga...Giler ke apa! rasa macam tak ada masa lansung tuk preparation...lantaklah janji ada kerja, janji dapat jadi cikgu...hehe. HR ditugaskan untuk menganti tempat seorang cikgu yang telah dinaikkan pangkat dan pindah ke sekolah lain. Maka segala tangungjawab yang dipegang oleh cikgu tersebut dipikul oleh HR pada masa itu.

Pelajar-pelajar Sekolah Menegah Kebangsaan Klian Pauh

Nak tahu subjek apa HR kena ajar? Subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Pilihan 1 (Tingkatan 1) & Bahasa Melayu (Tingkatan 1 & Peralihan).... Mula dapat tahu kena ajar subjek ni rasa macam tak best betui...tambah2 kena ajar Bahasa Melayu...tak tahu kenapa rasa berat nak ajar BM, kalau KHB tak pa lagi..masuk bengkel ketuk sana ketuk sini..walaupun tak pandai sangat bertukang tapi boleh2 la lagi dari nak kena ajar tatabahasa, komsas, syair, pantun, gurindam, dll.

 Ini antara muka-muka anak murid aku yang menolong membaik pulih kerusi-kerusi sekolah...




Seperti HR maklumkan bahawa HR mengantikan tempat seorang cikgu yang baru sahaja dinaikkan pangkat. Masa dapat fail dan dokumen2 cikgu tersebut rasa macam biasa dengar je nana En. Mohd Zaini Bin Salleh...rasa macam cikgu lama HR..nak dijadikan cerita cikgu tersebut ada datang melawat sekola....memang tak syak lagi..rupa2nya HR mengantikan tempat cikgu Kemahiran Hidup HR sendiri masa ditingkatan satu dahulu....hehe....tapi cikgu Zaini dah tak berapa nak kenal...tapi dia bangga HR dapat mengantikkan tempatnya..hehe..

Best juga jadi cikgu ni, kalau setakat mengajar je la..tapi kerja2 sampingan jadi cikgu ni membuatkan kerjaya cikgu ni meletihkan...kena buat laporan harian, cek buku sekolah, ganti kelas cikgu MC, dll. Siapa kata jadi cikgu senang? tak semua orang boleh jadi cikgu...sAntara perkara yang best, ampai sekarng kalau jumpa anak murid still  dipanggil Cikgu Rahmat...hehe

Gambar2 kenangan semasa di SMKKP
Rasa kelakor je muka time ni..sesengal student..haha


Bersama gang2 cikgu GSTT & cikgu praktikal dari UPSI
Banyak lagi nak cerita tentang pengalaman HR di sekolah ini terutama waktu mengajar kelas peralihan P01...memang dugaan yang besar!!!! nanti HR sambung lagi cerita pasai HR sebagai Cikgu.....

Friday, May 20, 2011

Hujan Review: Nur Kasih The Movie

Salam semua...

Buat pertama kalinya di Blog Hujan Rahmat, HR nak review pasai Filem...sebenarnya dah lama HR nak buat cam ni tapi selalu tak berkesempatan. Selalunya HR akan berkongsi pandangan dan kritikan terhadap sesebuah filem yang telah ditonton bersama rakan-rakan. Tambahan lagi, kawan2 dah bersuara bila lagi HR mahu buat review tentang filem...jadi, HR sahut cabaran itu untuk mula melangkah setapak. HR dengan bebesar hati nak berkongsi pandangan & kritikan secara telus terhadap Filem Nur Kasih The Movie yang baru sahaja ditonton pada pukul 4.05 pm, 19 Mac 2011, di GSC Quensbay Mall....Insyallah mungkin ini sebagai satu langkah permulaan buat HR.


Semua orang tahu pasai Drama Nur Kasih, sebuah drama yang telah memberi satu fenomena cukup tinggi buat rakyat Malaysia. Rating jumlah penonton pun telah mencecah 19 Juta penonton. Wow, Drama Nur Kasih memang memberi impak yang besar buat kita semua walaupun tak semua berkesempatan menonton drama ini sepenuhnya. Disebabkan penangan yang hebat melalui drama ini, pihak produksi telah melebarkan drama Nur Kasih ke layar perak untuk tatapan peminat-peminatnya. Sinopsis filem ini tidak akan diceritakan di sini tetapi anda boleh baca di MZulkifli.com

Baiklah untuk tidak terus bercakap panjang, HR ingin membuat ulasan filem Nur Kasih The Movie yang diterajui oleh Remy Ishak (Adam), Tiz Zaqyah (Nur Amina) & Fizz Fairuz (Aidil). Bagi HR filem Nur Kasih mungkin akan dianggap sebuah filem yang berat dan susah difahami oleh sesetengah pihak, tetapi bagi HR berat itulah yang membuatkan filem ini mahal dan mempunyai standard tersendiri. Jalan cerita filem ini tidak disusun dengan mudahnya atau straight forward oleh penulis Mira Mustapha kerana jalan cerita filem ini penuh dengan tanda tanya dan sarat dengan elemen-elemen yang tersirat.

Namun begitu, setiap tanda tanya yang dilontarkan dalam filem ini telah diolah dengan cantiknya di pengakhiran cerita dengan memberi impak yang sangat berkesan. Penghayatan yang lebih perlu diberikan dalam filem ini untuk memahami isi-isi tersirat beserta mesej yang hendak disampaikan oleh penulis.


Filem yang bergenre drama ini mampu memainkan emosi penonton dengan perasaan suka duka yang dilalui oleh Nur Amina, Adam & Aidil. Filem ini masih berlandaskan logik & hakiki kehidupan manusia dan tidak melalut seperti filem-filem melayu yang sedia ada. Setiap plot cerita penuh erti dan pengajaran. Antara pujian yang patut diberi terhadap filem ini ialah keaslian ceritanya, suntingan lagu yang baik, sinematografi yang memuaskan dan kebekesanan setiap pelakon yang menerajui filem


Antara bahagian-bahagian yang berjaya menyentuh perasaan HR:
1. Nur Amina mengalami keguguran
2. Semasa Adam mencari cincin pernikahan mereka dan dijumpai oleh Hassan. Kemudian Adam menyarungkan cincin itu kepada Nur.
3. Dialog antara Adam dan pendakwah lakonan Beto Kusyairy
4. Dialog Mia Sara "Nasib baik sakit sikit kalau sakit banyak mesti meninggal dunia macam Umi". Kemudian abang dia lari keluar bilik...(paling tersentuh)
5.Kematian Mamat lakonan Muniff Isa
6. Ayat Aidil kepada Nur Amina "Selagi abang hidup, abang akan pastikan Nur sentiasa disisi abang, itu janji abang kepada Adam".
7.Akhir sekali, mestilah ending dia yang merungkai segala pertanyaan......

Antara babak pilihan HR

Antara sebab kenapa perlu tonton filem ini:
1. Menyokong industri perfileman negara
2. Sarat dengan mesej yang sangat berguna dari sudut kekeluargaan, kehidupan dan Islam.


Namun begitu terdapat beberapa pandangan atau kritikan yang HR rasa patut dinyatakan di sini untuk tujuan penambahbaikan.  Bagi pandangan HR cerita ini terlalu banyak babak air mata. Walaupun kita tahu filem ini berkisahkan tentang ujian dan dugaan yang patut ditempuhi oleh Adam, Nur dan Aidil namun penulis haruslah berjaga-jaga kerana ini bukanlah drama bersiri yang boleh memasukkan terlalu banyak elemen-elemen kesengsaraan yang patut ditanggung oleh mereka. Hampir setiap babak filem ini boleh mengundam air mata menyebabkan ianya agak mendatar pada permulaan cerita.
Kemudian, bagi penonton yang belum pernah mengikuti perjalanan drama bersiri Nur Kasih mungkin agak samar-samar memahami jalan cerita ini pada permulaan plot tetapi garapan pada kemuncak dan penghujung filem ini akan melunaskan tanda tanya anda sebelum itu.
Selain itu, penggunaan teknik CGI dalam filem ini agak kurang memuaskan tetapi masih boleh dimaafkan.

Namun HR faham bukanlah mudah untuk membuat sebuah filem yang mampu memenuhi kehendak semua penonton. Citarasa setiap penonton tidak sama antara satu sama lain. Setiap pujian dan kritikan yang diterima oleh pihak produksi hendaklah dipandang ke arah positif bagi memantapkan industri perfileman negara.

Mak Jah & adik Mia Sara

Adik Mohd Iylas Suhaimi   
Mak Jah lakonan Liza Othman. Ibu kepada Adam dan Aidil. Seorang ibu yang tabah dan cekal.
Adik Mia Sara, anak kepada Aidil & Aliya. Beperwatakkan manja dan talkative. Menjadi penyeri di dalam filem ini.



Adik Mohd Iylas Suhaimi memegang watak anak kepada Aidil &Aliya.
Mempunyai perwatakan seorang anak yang matang dari usianya dan pendiam
selepas kematian ibunya.





Muniff Isa

Muniff Isa, anak murid Adam. Mempunyai perwatakan kasar tapi ingin belajar dan berubah.
Lakonan Muniff Isa dianggap berjaya dan berkesan di dalam filem ini.




Syafie Naswip

Syafie Naswip seorang remaja yang sukar dikawal dan selalu memberontak. Lakonan mantap Syafie Naswip tidak perlu disangkalkan lagi. Antara pelakon terbaik pilihan HR. 

Bertemu Cinta - Mila Jirin




HR bagi 4/5 bintang untuk filem ini.......
Facebook NurKasih

Wednesday, May 18, 2011

Hujan Tulis:Detik-detik sebelum pulang

Sepatutnya post ni HR tulis dulu sebelum post Kawan yang baik sukar dicari ganti!!!....
Kenapa HR kata begitu sebab baru ada kesinambungan dengan post Dedikasi Buat Mu Sahabat...
tapi tak pa lah..sama je kan..hehe..antara kedua2 post sebelum ni pun masih berkait rapat dengan post kali ni...(mesti follower pening dengan statement aku ni..hehe)


Ok lah, kalo ikutkan post Dedikasi Buat Mu Sahabat itu telah pun ditulis beberapa jam sebelum HR berangkat pulang ke kampung halaman dan meninggalkan kawan-kawan serta UTHM. HR tulis post tu pun sebelum HR dengan kawan HR (Sidqi hendak kuar cari Breakfast.... sebelum breakfast dicari, sempatlah kami merayau-rayau sekitar Taman Universiti di mana tempat Kolej Kediaman HR selama 2 Tahun...
Sedih rasa nak tinggalkan Taman Universiti (TU), banyak kenangan dekat situ, tambahan lagi sekarang dekat TU dah ade McD..hehe...betul-betul sebelah kolej HR...sempat jugaklah HR menjenguk2  dan bergambar dengan McD yang hampir siap tu...(lupa nak amik gambar dekat Sidqi, kalo tak da boleh upload ni)


Erm penat cari breakfast akhirnya kami makan dekat gerai depan Masjid bertentangan dengan Palapes UTHM. Sedap nasi lemak mak cik tu..HR agak selalu jgk beli makanan dekat situ, kuih2 dia pun murah saja, 20sen sebiji...mana nak dapatkan skrg??? Sambil tu order Teh Tarik....perghhh sedap teh tarik tu..lain dr yg lain...


Balik bilik je HR terus terlena..mana taknya semalaman tak tidur mengemas barang2...sebenarnya HR ada janji dengan Mawie untuk pergi umah keluarga angkat kami berdua, tapi HR tidur jgk dengan harapan Mawie akan kejutkan....hehe. Dalam pukul 12.30, Mawie datang bilik kejutkan, punya lah malas nak bangun time tu..tapi paksakan diri..kalo tak bila lagi nak pergi kan...??? Sebelum pergi rumah keluarga angkat kami singgah KFC sebagai buah tangan.


Sampai rumah keluarga angkat seronok jugak lah dapat makan2..hehehe...sembang2...jelas ketara keluarga angkat rindu dkt kami berdua..terutama mak lah...tapi nak wat cam mana...kerana kesibukan tak dapat nak balik selalu....masa nak balik tu mak angkat hulur angpau kat aku...wah!!! berbunga2 perasaan....macam tahu2 je HR tak cukup duit.... erm tengok sampul ade RM 100...tp setelah dikongsi dengan Mawie, sorang RM50 je la...alhamdulilah rezeki..betullah orang kata, kalau kita tak kedekut dengan orang, tuhan takkan kedekut dengan kita...Thank you Allah...


Ptg plak, HR uruskan hal pemulangan kunci hostel dengan Sidqi. Kemudian pergi lib tuk bayar hutang dan pergi makan. dekat Nurul Shafiq Tomyam...masa ni Kak Jijah ikut sekali.... tak makan pun time ni, teman Sidqi makan sambil borak2 dengan Kak Jijah..Best!!! Masa balik tu tetibe terlebih rajin, tengok keadaan kereta dah semakin kotor, lalu HR berniat nak cuci kereta...kebetulan plak Raja Iskandar dan Azman datang nak amik buku. Apa lagi HR buli diowg basuh kete aku skli ngn keta Abg Isk la..hehe


Malam pulak, pergi makan ramai-ramai dekat DJ2..kedai feveret HR ni...huhu. ramai jugak yang ade time ni, Yunus, Muri, Sidqi, Asan, Bob, Azman, Iskandar, John dan Big Show. Borak-borak sampai HR da mengantok sebenarnya, ditambah HR tak da mood skit time tu....tapi HR layan kan je la...


Balik je bilik sambung kemas barang2...kemudian HR tertidur sebentar sehinggalah Sidqi datang kejutkan. Time tu HR trus bawak turun barang tuk dimasukkan dalam keta. Tapi tak masuk lagi la, letak kat tingkat bawah je,,huhu. HR naik atas,dan balik melayan FB...hehe..dalam pukul 12 lebih skit barulah HR sibuk2 nak masuk barang dalam keta. Time tu sempat jumpe Syahira kejap...terkejut gak sebab barang HR dengan Sidqi muat dalam kete Viva Putih ni..hehe...Mula2 HR da terbayang macam tak muat je rasanya...tp syukur muat2 je rupanya...


Dah macam nak hampir2 sampai dengan masa HR kena pergi, Sidqi punya idea nak wat sesi alumni dengan kawan2 katanya...Sesi alumni tu kira pg bilik ke bilik jumpe kawan sebelum berangkat tetapi time tu ramai dak2 ni pg Futsal...so hold sebentar, lepak mamak 25 jam kejap...dahaga giler time tu...masa lepak tu da perasan bdk2 ni blk main Futsal.. aku ngn Sidqi pn amik kesempatan untuk pergi bilik ke bilik.


Bermula dengan blok D, br pergi ke Blok A, semasa aku dekat Blok A tetiba rasa sebak semacam...adushh tak mo citer lah cam mne HR sebak...cepat2 HR naik bilik buat lambat2 tuk kawal keadaan. Masa HR turun tu, time tu mmg HR cukup terharulah....makna taknya, ramai kawan2 HR turun untuk mengucapkan selamat tinggal tuk HR ngn Sidqi... terharu dan sangat terharu time ni... Susah nak berkata2....Speechless!!
Perasaan HR time ni tak tergambar betapa sedihnya rasa....HR rasa sangat dihargai oleh kawan2, terharu bila dapat kawan macam ni.... betul kata Sidqi " kita datang dengan niat baik, kita pergi pun dengan cara baik".......


Akhirnya HR dengan Sidqi berangkat pulang pada pukul 3.30 pagi dengan bercampur baur perasaan ini....
HR pergi dengan penuh kenangan...kenangan yang cukup berharga buat HR setakat ini....
Bila lagi dapat jumpa kawan2 macam ni!!!!!




Kawan yang baik sukar dicari ganti......

Hujan Isu:Kawan Baik Sukar Di cari Ganti




Kawan....ramai kawan yang pernah aku jumpa setakat ni...
aku memang suka berkawan...mencari kawan baru dan lama menjadi keutamaan aku
aku senang mendapat kawan dan mudah berkawan dengan sesiapa sahaja..


pelbagai kawan yang pernah wujud dalam hidup ku. semuanya baik dengan aku
aku percaya selagi kita baik dengan sesiapa sahaja, mesti orang akan baik dengan kita..


Pelbagai tafsiran yang orang boleh buat mengenai kawan baik... semuanya berbeza-beza dan
terpulanglah kepada pandangan individu...
Bagi aku, kawan yang baik ialah kawan yang boleh menerima baik buruk kita, perangai, kerenah, ragam dan masalah kita sama seperti kita boleh menerima segalanya tentang kawan kita....
walaubagaimanapun, serba sedikit mesti kita ada beberapa perkara yang kurang senang dengan perangai kawan baik...macam orang selalu cakap.."nobody is perfect".. betullah tu...memang tak semua kawan baik kita sempurna... tetapi selagi kita masih boleh menerima kekurangan dia, maka dia tetap kawan baik kita...


Ada juga orang cakap, kawan baik ni ialah kawan yang selalu ada di sisi kita bila kita memerlukannya, tak kira sewaktu kita dalam kegembiraan mahupun dalam kesedihan...
betullah tu...kawan baik selalunya menjadi tempat rujukan kita sekirannya kita mengalami masalah atau berkongsi rasa....ada kawan-kawan yang benar-benar boleh membantu kita dan ada yang sebaliknya...
bg HR untuk menjadi kawan yang baik, kita cuba sedaya upaya untuk membantu kawan kita, walaupun dengan hanya mendengar masalahnya. Kadang-kadang bila seorang kawan meluahkan perasaannya bukan bermaksud dia hendak menyusahkan kawan-kawannya. Dia cuma mahukan sebuah tempat untuk meluahkan perasan. Di sini kita hendaklah menjadi pendengar yang baik untuknya....


Cuba anda bayangkan, apabila ada kawan-kawan anda ingin meluahkan perasaanya...lalu dia berkata, hanya kepada anda saja dia boleh berkongsi perasaan ini....cuba anda fikirkan, betapa pentingnya anda terhadap dia..
fikirkan kenapa dia tak pilih orang lain, ramai kawan lain yang ada....kenapa dia pilih anda???
itulah tandanya anda begitu istemewa buatnya.......


tak semua perkara kita boleh berkongsi masalah dengan kawan-kawan kita..tambah-tambah melibatkan sesuatu perkara yang kurang arif baginya...faham tak? Maksud HR, kita sebagai seseorang yang dah mampu berfikir dengan matang, rasionalnya kita dapat menilai seseorang sahabat yang betul-betul boleh kita berkongsi masalah dan menyimpan rahsia kita. Ini penting untuk kita mendapat respon yang baik daripada sahabat kita, walaupun dengan hanya mendengar sahaja...


Satu lagi "statement tentang kawan baik" yang HR terjumpa dan berjaya menarik minat HR untuk post di sini..hayatilah..


"Teman yang baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah kita rasai "




Nak tahu tak sebenarnya kawan juga merupakan cermin kepada diri kita. Melalui persefahaman dan minat yang sama antara diri kita dan kawan maka setiap perkara atau peribadi yang wujud dalam diri kita boleh dilihat ada pada kawan kita juga...walaupun tak banyak, serba sedikit tetap ada. Kesefahaman yang wujud itu akan memberi keselesaan kepada kita untuk terus berkawan baik dengan dia.


Namun ada juga sikap kawan kita begitu kontra dengan kita namun kita masih boleh terus berkawan baik dengan dia, kenapa? hakikinya, setiap manusia lahir dalam kepelbagaian sifatnya. Mungkin sifat semula jadi kawan anda itu terlalu berbeza dengan anda tetapi dia masih memenuhi keselesaan anda, maka tiada masalah untuk terus menganggapnya kawan baik. Sekirannya dipandang pada sudut positif, kawan yang berbeza dengan kita akan saling melengkapi satu sama lain. Maksudnya, sekiranya anda bersikap pemarah atau panas baran, eloklah anda berkawan baik dengan orang yang boleh meredakan anda...





HR bersyukur sangat sepanjang hidup HR, ramai dah HR jumpa kawan baik,
ada yang memang asalnya baik dan terus baik...
ada yang mulanya baik tetapi terdapat sedikit salah faham, lalu rengang seketika dan berbaik semula..
tetapi HR percaya setiap salah faham yang wujud dalam persahabatan itulah menjadi kuatnya erti dan nilai persahabatan.
Macam mana HR tahu? memang HR tahu, sebab HR dah mengalaminya, bak kata orang sedangkan lidah lagi tergigit....tipulah kalau tak pernah......




Kepada semua, hargailah sahabat kita, kita belum tahu bila masa kita akan berpisah dengannya, walaupun kita boleh SMS, Ber"facebook", ber"gtalk" atau ber"ym"...tapi ia tak sama bila sahabat itu ada di depan mata kita...

Saturday, May 14, 2011

Hujan Tulis: Dedikasi Buat Mu Sahabat!!!

Salam semua...

Sekian lama HR tak tulis apa-apa dekat sini...memang terlalu sibuk dan tak nak pikir lansung pasal blog..
Berturut-turut tugasan patut HR lakukan...dari satu ke satu...ni pun masih tak siap-siap lagi...tapi HR cuba nak cari peluang untuk mendedikasikan rasa dan perasaan di sini..... kira isu kali ni agak "tacink" cikit la...

Sekarang HR tengah melalui detik-detik genting sebab kurang dari 24 jam HR akan tinggalkan sebuah tempat yang penuh makna dan memberi sejuta erti buat HR sepanjang melalui liku-liku kehidupan sebagai hamba Allah...

Bersyukur sangat sebab diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke UTHM dan paling HR bersyukur ialah HR dapat kenali ramai kenalan dan sahabat yang tidak terharga nilainya..... Perasaan berat hendak meninggalkan kawan-kawan cukup terasa dalam diri HR kepada setiap seorang kenalan yang HR kenali...

Di kesempatan ini, HR ingin mendedikasi penulisan ini khasnya untuk sahabat-sahabat HR sepanjang di UTHM..
terutamanya buat :
Roomate, kawan sekelas & se'batch', JKKTU dan Kelab Warisan

Kawan seangkatan 2008/2009




Kawan2 Kelab Warisan


Kawan2 JKK TU

Suka duka setiap perkara yang kita lalui di sini akan menjadi kenangan yang terindah buat HR dan takkan HR lupakan....

Mohon maap sekiranya ada perkara yang HR lakukan kurang menyenangkan kalian...
rasanya korang semua pn da faham HR macam mana....terima kasih sebab sudi berkawan dengan HR...

"tak lengkap hidup HR tanpa korang semua...."
I will miss all of u...

Wednesday, March 30, 2011

Hujan Tulis: Fokus!!


Salam semua....

Lately ni, HR banyak membuang masa yang bukan2 lah....
adushhhh rugi sgt...."Time is Running Out"
 Rasanya da tiba masa tuk HR Fokus lebih skit kepada PSM, test2 & Final Exam

HR masih mengalami banyak masalah dalam PSM...
perlukan lebih masa dan fokus yang lebih, kalo tak, abis la HR.....
tak mau mengulas lebih lanjutlah apa yang akan terjadi kalau PSM HR ni tak siap..
harap2 korg faham.......

dan kepada kawan2 yang lain, harap korang pun jangan membuang masa lagi,
Good Luck tuk PSM, supaya kita dapat Graduate bersama2....

Ok myHR, saya akan kembali bila2 masa sahaja sekiranya ada topik yang menarik sahaja 
dan masa yang sesuai.......

Doakan yang terbaik buat HR
"Amin"


Monday, March 28, 2011

Practice makes Perfect

Salam semua...

Akhir-akhir ni HR sangat busylah..
nak pikir pasai PSM lagi, pikir pasai test lah, assignment lahh...tp....
dalam rasa kesibukan itu HR tetap ada masa untuk training..hehe

Training ape tu HR?
Ok, tak lama lagi Insyallah akan diadakan Majlis Makan Malam Pra-Graduan
tuk Batch HR...pada 16 April 2011....
jadi, HR dan kawan2 akan membuat persembahan malam tersebut....


HR nak buat persembahan apa? Joget lambak ke? Poco2 ke?
hehehe...HR akan menyayi sahaja secara akustik dengan kawan2 HR yang sangat berbakat....

Siapa kawan-kawan HR yang terlibat dlm persembahan?
kalo boleh HR nak buat persembahan ramai2 atas pentas tu...tak da lah rasa ketaq lutut sgt...
dah ramai2 di atas pentas...haha...
Ok ni antara kawan2 HR yang terlibat:
Gitar1:Mdanjbon
Gitar2:ZazRee
Gitar3:Nana
Vokal1:Fiq
Vokal2:Ifwan
ada lagi ni yang akan terlibat tapi buat masa ni, yang ni lah dulu...

Lagu apa yang HR dan kawan2 akan persembahkan?
Ok dekat sini HR dah bocorkan 3 lagu yang bakal dipersembahkan iaitu Sofea Jane, Dua Jiwa dan Ayu pada malam tersebut, tp ada lagi 2 lagu masih di dalam simpanan.....tunggu malam dinner nanti...hehe
tak sabor nak bagi org menangis...haha

Ok jom layan video2 ni yang di upload oleh Mdanjbon....hehe..






credit to Camera Man: Shahir Zailan ('',)

Harapan HR semoga malam tu akan berjalan dengan lancar seperti yang telah dipraktiskan....dan menjadi kenangan terindah buat HR dan kawan2 semua..

Beri penilaian anda terhadap video ni =)
Tidak menghiburkan (0 - 1 - 2 -3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10) Sangat menghiburkan.

Friday, March 25, 2011

Hujan Olahan: Surga Cinta

Salam Semua,

Post kali ni jiwang sikit...maap la ya...tak berniat nak gunakan blog aku jadi tempat penyimpan rasa dan lain2..kalau boleh HR nak menyediakan sebuah blog yang boleh beri manfaat, ilmiah, pandangan, tinjauan dan sewaktu dengannya.....
tapi bukan tempat utk meluahkan rasa kecewa, mencipta kontoversi, gossip dll....hehehe...

"Blog merupakan sebuah tempat untuk kita buat apa yang kita suka,
jadikan blog seperti yang anda mahukan, memang tak salah".........HR

Ok lah, berbalik kepada tajuk entri kali ni...Wow Surga Cinta....kenapa bukan Syurga Cinta...ahh jangan banyak tanya lagi...sebab ni ialah tajuk lagu dari kumpulan Indonesia....Ada Band nama kumpulan tu...


Apa lagu Indonesia? kenapa highligt lagu ni?
haha....erm bukan nak mengundang kontroversi, tapi HR terpanggil nak kaji atau memberi ulasan tentang lirik ni di atas permintaan seorang kawan HR ni....

Cerita nya bermula di sini:-
HR ada post lagu ni dalam FaceBook HR, dan 5 minit kemudian, ada komen berbunyi macam ni........


Ok HR kat sini cuba lah membantu dia, dan kepada myHR mana tahu berminat nak tahu jgk....jadi HR kongsi di sini.....

Boleh ke HR mentafsir lirik ni?
entahlah...BM SPM HR dulu pn biasa2 ja...takpa yang penting HR cuba!!!!


Lirik Surga Cinta oleh Ada Band


Terdiam.. hanya bisa diam
Dingin menyerang
Disekujur tubuhku
Layangkan mata.. menembus cahaya
Putih kilaunya
Meneduhkan Lamunan
Masih jelas terlihat
Pesona Ayumu
Masih jelas terasa
Getar dawai jiwamu
Ahaaa..


Inikah surga cinta yang banyak orang pertanyakan
Atau hanya.. mimpi.. yang tiada pernah berakhir jua


Perlahan bawa semua tanya
Satu bersama
Langkah di taman ini
Terangkai bunga tanda
Cinta murni adanya
Tapi kekasihpun tiada
Muncul hapus rinduku
Ahaaaa..


Inikah surga cinta yang banyak orang pertanyakan
Atau hanya.. mimpi.. yang tiada pernah berakhir jua
Dimana aku sedang berada mengapa sendiri
Lari telanjang tanpa seorangpun yang akan memperduli


Inikah surga cinta yang banyak orang pertanyakan
Atau hanya.. mimpi.. yang tiada pernah berakhir jua
Terbanglah cinta sampaikan sayangku hanya bagi dia
Kan kurasa sepi.. meratapi.. malang tanpa dirinya
..............................................................................................................................

Ok HR simpulkan menggunakan bahasa HR saja ya.

Rangkap pertama lirik,
yang HR faham penulis sedang berkhayal, dia berada dalam kotak dunianya saja,
Bait pertama, dia cuba mendiamkan dirinya dengan harapan semua di sekelilingnya juga turut diam dan merasa apa yang dia rasakan.....
Penulis terasa seluruh badannya dingin, pandangannya pun mula kabur, dia bawa pergi jauh sejauhnya kotak pikirannya itu,
namun dia masih tak dapat nak lupakan gadis yang berjaya mencuri hatinya itu,
penulis masih terbayang-bayangkankan raut wajah ayunya gadis itu,
dan penulis turut merasa degupan hati gadis itu.....

penulis bertanya kepada hati, inikah rasanya cinta, seperti ramai perkatakan atau sebaliknya kemanisannya cinta itu hanyalah mimpi yang dia ciptakan...


Perlahan bawa semua tanya
Satu bersama
Langkah di taman ini
Terangkai bunga tanda
Cinta murni adanya
Tapi kekasihpun tiada
Muncul hapus rinduku

penulis terus mengorak rasa dengan penuh tanda tanya, namun rasa itu masih utuh terasa, dalam rangkap ini, penulis masih bermain rasa hati atau bercakap dalam hati, bermonolog namanya.. banyak persoalan yang timbul di kotak hatinya...dia bawa setiap persoalan yang wujud dalam hatinya pindah ke dunia lamunannya  itu...satu persatu soalan cuba dia ungkaikan....
penulis terasa cinta sudah berada di hatinya tapi kepada siapa cinta itu akan dimiliki masih menjadi tanda tanya buatnya....dia cuba nak hapuskan rasa itu, iaitu rasa cinta, rasa rindu yang telah membuat dia jadi seperti itu......pergiiiiiiiiiii....







........Dimana aku sedang berada mengapa sendiri
Lari telanjang tanpa seorangpun yang akan memperduli

penulis tersedar kembali dari lamunan yang diciptanya, namun dia sedari lamunanya tak diketahui sesiapa pun sebab hanya dia saja yang berada di dalam kotak lamunan itu.

...Terbanglah cinta sampaikan sayangku hanya bagi dia
Kan kurasa sepi.. meratapi.. malang tanpa dirinya







penulis mengharapkan agar rasa cinta yang dialaminya akan sampai ke gadis idamannya
penulis juga tak mahu rasa sepi yang menyelubungi dirinya akan sentiasa menganggu jiwanya kerana masih belum memiliki cinta gadis itu........
sekian.





Ok, mungkin ramai yang dah dengar lagu ni, HR pun da agak minat dengan lagu ni, tapi lepas ni jgn sapa2 cuba bagi HR task macam ni lagi.....sangat mencabar kredibiliti HR dan terasa amatlah berat nak mendalami sesebuah karya orang...tapi hakikinya, penulis itu sendiri yang dapat mentafsir karyanya dengan baik...tafsiran orang2 macam HR ni, entah tepat atau tak...haha..kalo nyanyi saja HR pandailah..haha..

Ok lah kepada sahabat HR tu...harap berpuas hati la ya!!! =)