Sunday, May 22, 2011

Hujan Baca: HR Pernah Jadi Cikgu???

Yup!!! Percaya atau tidak sebelum HR melangkah pengajian ke universiti, HR pernah menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) selama 6 Bulan...hehe.

Minat ke jadi cikgu???
Sebenarnya minatlah juga sebab dikalangan adik beradik  pun sudah ada 2 orang kakak HR yang telah menjadi warga pendidik.

Kisah HR sebagai Guru ni masa tahun 2008, time tu mengangur, tak da kerja, dah busan duduk rumah, nak sambung belajar tak dapat =(
Tanpa berfikir panjang HR pun pergilah apply nak jadi cikgu sandaran di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Larut Matang & Selama. Tak sangka petang tu terus dapat calling dari PPD suruh ambil surat lapor diri. "Yes!!! Dapat jadi cikgu..hehe.." berbunga2 hati time tu...

Lihat surat lapor diri tu terkejut rasa,sebab kena lapor diri keesokkan harinya juga...Giler ke apa! rasa macam tak ada masa lansung tuk preparation...lantaklah janji ada kerja, janji dapat jadi cikgu...hehe. HR ditugaskan untuk menganti tempat seorang cikgu yang telah dinaikkan pangkat dan pindah ke sekolah lain. Maka segala tangungjawab yang dipegang oleh cikgu tersebut dipikul oleh HR pada masa itu.

Pelajar-pelajar Sekolah Menegah Kebangsaan Klian Pauh

Nak tahu subjek apa HR kena ajar? Subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Pilihan 1 (Tingkatan 1) & Bahasa Melayu (Tingkatan 1 & Peralihan).... Mula dapat tahu kena ajar subjek ni rasa macam tak best betui...tambah2 kena ajar Bahasa Melayu...tak tahu kenapa rasa berat nak ajar BM, kalau KHB tak pa lagi..masuk bengkel ketuk sana ketuk sini..walaupun tak pandai sangat bertukang tapi boleh2 la lagi dari nak kena ajar tatabahasa, komsas, syair, pantun, gurindam, dll.

 Ini antara muka-muka anak murid aku yang menolong membaik pulih kerusi-kerusi sekolah...




Seperti HR maklumkan bahawa HR mengantikan tempat seorang cikgu yang baru sahaja dinaikkan pangkat. Masa dapat fail dan dokumen2 cikgu tersebut rasa macam biasa dengar je nana En. Mohd Zaini Bin Salleh...rasa macam cikgu lama HR..nak dijadikan cerita cikgu tersebut ada datang melawat sekola....memang tak syak lagi..rupa2nya HR mengantikan tempat cikgu Kemahiran Hidup HR sendiri masa ditingkatan satu dahulu....hehe....tapi cikgu Zaini dah tak berapa nak kenal...tapi dia bangga HR dapat mengantikkan tempatnya..hehe..

Best juga jadi cikgu ni, kalau setakat mengajar je la..tapi kerja2 sampingan jadi cikgu ni membuatkan kerjaya cikgu ni meletihkan...kena buat laporan harian, cek buku sekolah, ganti kelas cikgu MC, dll. Siapa kata jadi cikgu senang? tak semua orang boleh jadi cikgu...sAntara perkara yang best, ampai sekarng kalau jumpa anak murid still  dipanggil Cikgu Rahmat...hehe

Gambar2 kenangan semasa di SMKKP
Rasa kelakor je muka time ni..sesengal student..haha


Bersama gang2 cikgu GSTT & cikgu praktikal dari UPSI
Banyak lagi nak cerita tentang pengalaman HR di sekolah ini terutama waktu mengajar kelas peralihan P01...memang dugaan yang besar!!!! nanti HR sambung lagi cerita pasai HR sebagai Cikgu.....

No comments:

Post a Comment