Wednesday, May 18, 2011

Hujan Isu:Kawan Baik Sukar Di cari Ganti




Kawan....ramai kawan yang pernah aku jumpa setakat ni...
aku memang suka berkawan...mencari kawan baru dan lama menjadi keutamaan aku
aku senang mendapat kawan dan mudah berkawan dengan sesiapa sahaja..


pelbagai kawan yang pernah wujud dalam hidup ku. semuanya baik dengan aku
aku percaya selagi kita baik dengan sesiapa sahaja, mesti orang akan baik dengan kita..


Pelbagai tafsiran yang orang boleh buat mengenai kawan baik... semuanya berbeza-beza dan
terpulanglah kepada pandangan individu...
Bagi aku, kawan yang baik ialah kawan yang boleh menerima baik buruk kita, perangai, kerenah, ragam dan masalah kita sama seperti kita boleh menerima segalanya tentang kawan kita....
walaubagaimanapun, serba sedikit mesti kita ada beberapa perkara yang kurang senang dengan perangai kawan baik...macam orang selalu cakap.."nobody is perfect".. betullah tu...memang tak semua kawan baik kita sempurna... tetapi selagi kita masih boleh menerima kekurangan dia, maka dia tetap kawan baik kita...


Ada juga orang cakap, kawan baik ni ialah kawan yang selalu ada di sisi kita bila kita memerlukannya, tak kira sewaktu kita dalam kegembiraan mahupun dalam kesedihan...
betullah tu...kawan baik selalunya menjadi tempat rujukan kita sekirannya kita mengalami masalah atau berkongsi rasa....ada kawan-kawan yang benar-benar boleh membantu kita dan ada yang sebaliknya...
bg HR untuk menjadi kawan yang baik, kita cuba sedaya upaya untuk membantu kawan kita, walaupun dengan hanya mendengar masalahnya. Kadang-kadang bila seorang kawan meluahkan perasaannya bukan bermaksud dia hendak menyusahkan kawan-kawannya. Dia cuma mahukan sebuah tempat untuk meluahkan perasan. Di sini kita hendaklah menjadi pendengar yang baik untuknya....


Cuba anda bayangkan, apabila ada kawan-kawan anda ingin meluahkan perasaanya...lalu dia berkata, hanya kepada anda saja dia boleh berkongsi perasaan ini....cuba anda fikirkan, betapa pentingnya anda terhadap dia..
fikirkan kenapa dia tak pilih orang lain, ramai kawan lain yang ada....kenapa dia pilih anda???
itulah tandanya anda begitu istemewa buatnya.......


tak semua perkara kita boleh berkongsi masalah dengan kawan-kawan kita..tambah-tambah melibatkan sesuatu perkara yang kurang arif baginya...faham tak? Maksud HR, kita sebagai seseorang yang dah mampu berfikir dengan matang, rasionalnya kita dapat menilai seseorang sahabat yang betul-betul boleh kita berkongsi masalah dan menyimpan rahsia kita. Ini penting untuk kita mendapat respon yang baik daripada sahabat kita, walaupun dengan hanya mendengar sahaja...


Satu lagi "statement tentang kawan baik" yang HR terjumpa dan berjaya menarik minat HR untuk post di sini..hayatilah..


"Teman yang baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah kita rasai "




Nak tahu tak sebenarnya kawan juga merupakan cermin kepada diri kita. Melalui persefahaman dan minat yang sama antara diri kita dan kawan maka setiap perkara atau peribadi yang wujud dalam diri kita boleh dilihat ada pada kawan kita juga...walaupun tak banyak, serba sedikit tetap ada. Kesefahaman yang wujud itu akan memberi keselesaan kepada kita untuk terus berkawan baik dengan dia.


Namun ada juga sikap kawan kita begitu kontra dengan kita namun kita masih boleh terus berkawan baik dengan dia, kenapa? hakikinya, setiap manusia lahir dalam kepelbagaian sifatnya. Mungkin sifat semula jadi kawan anda itu terlalu berbeza dengan anda tetapi dia masih memenuhi keselesaan anda, maka tiada masalah untuk terus menganggapnya kawan baik. Sekirannya dipandang pada sudut positif, kawan yang berbeza dengan kita akan saling melengkapi satu sama lain. Maksudnya, sekiranya anda bersikap pemarah atau panas baran, eloklah anda berkawan baik dengan orang yang boleh meredakan anda...





HR bersyukur sangat sepanjang hidup HR, ramai dah HR jumpa kawan baik,
ada yang memang asalnya baik dan terus baik...
ada yang mulanya baik tetapi terdapat sedikit salah faham, lalu rengang seketika dan berbaik semula..
tetapi HR percaya setiap salah faham yang wujud dalam persahabatan itulah menjadi kuatnya erti dan nilai persahabatan.
Macam mana HR tahu? memang HR tahu, sebab HR dah mengalaminya, bak kata orang sedangkan lidah lagi tergigit....tipulah kalau tak pernah......




Kepada semua, hargailah sahabat kita, kita belum tahu bila masa kita akan berpisah dengannya, walaupun kita boleh SMS, Ber"facebook", ber"gtalk" atau ber"ym"...tapi ia tak sama bila sahabat itu ada di depan mata kita...

No comments:

Post a Comment