Friday, May 20, 2011

Hujan Review: Nur Kasih The Movie

Salam semua...

Buat pertama kalinya di Blog Hujan Rahmat, HR nak review pasai Filem...sebenarnya dah lama HR nak buat cam ni tapi selalu tak berkesempatan. Selalunya HR akan berkongsi pandangan dan kritikan terhadap sesebuah filem yang telah ditonton bersama rakan-rakan. Tambahan lagi, kawan2 dah bersuara bila lagi HR mahu buat review tentang filem...jadi, HR sahut cabaran itu untuk mula melangkah setapak. HR dengan bebesar hati nak berkongsi pandangan & kritikan secara telus terhadap Filem Nur Kasih The Movie yang baru sahaja ditonton pada pukul 4.05 pm, 19 Mac 2011, di GSC Quensbay Mall....Insyallah mungkin ini sebagai satu langkah permulaan buat HR.


Semua orang tahu pasai Drama Nur Kasih, sebuah drama yang telah memberi satu fenomena cukup tinggi buat rakyat Malaysia. Rating jumlah penonton pun telah mencecah 19 Juta penonton. Wow, Drama Nur Kasih memang memberi impak yang besar buat kita semua walaupun tak semua berkesempatan menonton drama ini sepenuhnya. Disebabkan penangan yang hebat melalui drama ini, pihak produksi telah melebarkan drama Nur Kasih ke layar perak untuk tatapan peminat-peminatnya. Sinopsis filem ini tidak akan diceritakan di sini tetapi anda boleh baca di MZulkifli.com

Baiklah untuk tidak terus bercakap panjang, HR ingin membuat ulasan filem Nur Kasih The Movie yang diterajui oleh Remy Ishak (Adam), Tiz Zaqyah (Nur Amina) & Fizz Fairuz (Aidil). Bagi HR filem Nur Kasih mungkin akan dianggap sebuah filem yang berat dan susah difahami oleh sesetengah pihak, tetapi bagi HR berat itulah yang membuatkan filem ini mahal dan mempunyai standard tersendiri. Jalan cerita filem ini tidak disusun dengan mudahnya atau straight forward oleh penulis Mira Mustapha kerana jalan cerita filem ini penuh dengan tanda tanya dan sarat dengan elemen-elemen yang tersirat.

Namun begitu, setiap tanda tanya yang dilontarkan dalam filem ini telah diolah dengan cantiknya di pengakhiran cerita dengan memberi impak yang sangat berkesan. Penghayatan yang lebih perlu diberikan dalam filem ini untuk memahami isi-isi tersirat beserta mesej yang hendak disampaikan oleh penulis.


Filem yang bergenre drama ini mampu memainkan emosi penonton dengan perasaan suka duka yang dilalui oleh Nur Amina, Adam & Aidil. Filem ini masih berlandaskan logik & hakiki kehidupan manusia dan tidak melalut seperti filem-filem melayu yang sedia ada. Setiap plot cerita penuh erti dan pengajaran. Antara pujian yang patut diberi terhadap filem ini ialah keaslian ceritanya, suntingan lagu yang baik, sinematografi yang memuaskan dan kebekesanan setiap pelakon yang menerajui filem


Antara bahagian-bahagian yang berjaya menyentuh perasaan HR:
1. Nur Amina mengalami keguguran
2. Semasa Adam mencari cincin pernikahan mereka dan dijumpai oleh Hassan. Kemudian Adam menyarungkan cincin itu kepada Nur.
3. Dialog antara Adam dan pendakwah lakonan Beto Kusyairy
4. Dialog Mia Sara "Nasib baik sakit sikit kalau sakit banyak mesti meninggal dunia macam Umi". Kemudian abang dia lari keluar bilik...(paling tersentuh)
5.Kematian Mamat lakonan Muniff Isa
6. Ayat Aidil kepada Nur Amina "Selagi abang hidup, abang akan pastikan Nur sentiasa disisi abang, itu janji abang kepada Adam".
7.Akhir sekali, mestilah ending dia yang merungkai segala pertanyaan......

Antara babak pilihan HR

Antara sebab kenapa perlu tonton filem ini:
1. Menyokong industri perfileman negara
2. Sarat dengan mesej yang sangat berguna dari sudut kekeluargaan, kehidupan dan Islam.


Namun begitu terdapat beberapa pandangan atau kritikan yang HR rasa patut dinyatakan di sini untuk tujuan penambahbaikan.  Bagi pandangan HR cerita ini terlalu banyak babak air mata. Walaupun kita tahu filem ini berkisahkan tentang ujian dan dugaan yang patut ditempuhi oleh Adam, Nur dan Aidil namun penulis haruslah berjaga-jaga kerana ini bukanlah drama bersiri yang boleh memasukkan terlalu banyak elemen-elemen kesengsaraan yang patut ditanggung oleh mereka. Hampir setiap babak filem ini boleh mengundam air mata menyebabkan ianya agak mendatar pada permulaan cerita.
Kemudian, bagi penonton yang belum pernah mengikuti perjalanan drama bersiri Nur Kasih mungkin agak samar-samar memahami jalan cerita ini pada permulaan plot tetapi garapan pada kemuncak dan penghujung filem ini akan melunaskan tanda tanya anda sebelum itu.
Selain itu, penggunaan teknik CGI dalam filem ini agak kurang memuaskan tetapi masih boleh dimaafkan.

Namun HR faham bukanlah mudah untuk membuat sebuah filem yang mampu memenuhi kehendak semua penonton. Citarasa setiap penonton tidak sama antara satu sama lain. Setiap pujian dan kritikan yang diterima oleh pihak produksi hendaklah dipandang ke arah positif bagi memantapkan industri perfileman negara.

Mak Jah & adik Mia Sara

Adik Mohd Iylas Suhaimi   
Mak Jah lakonan Liza Othman. Ibu kepada Adam dan Aidil. Seorang ibu yang tabah dan cekal.
Adik Mia Sara, anak kepada Aidil & Aliya. Beperwatakkan manja dan talkative. Menjadi penyeri di dalam filem ini.



Adik Mohd Iylas Suhaimi memegang watak anak kepada Aidil &Aliya.
Mempunyai perwatakan seorang anak yang matang dari usianya dan pendiam
selepas kematian ibunya.





Muniff Isa

Muniff Isa, anak murid Adam. Mempunyai perwatakan kasar tapi ingin belajar dan berubah.
Lakonan Muniff Isa dianggap berjaya dan berkesan di dalam filem ini.




Syafie Naswip

Syafie Naswip seorang remaja yang sukar dikawal dan selalu memberontak. Lakonan mantap Syafie Naswip tidak perlu disangkalkan lagi. Antara pelakon terbaik pilihan HR. 

Bertemu Cinta - Mila Jirin




HR bagi 4/5 bintang untuk filem ini.......
Facebook NurKasih

No comments:

Post a Comment