Akhir-akhir ni HR sangat busylah..
nak pikir pasai PSM lagi, pikir pasai test lah, assignment lahh...tp....
dalam rasa kesibukan itu HR tetap ada masa untuk training..hehe
Training ape tu HR?
Ok, tak lama lagi Insyallah akan diadakan Majlis Makan Malam Pra-Graduan
tuk Batch HR...pada 16 April 2011....
jadi, HR dan kawan2 akan membuat persembahan malam tersebut....
HR nak buat persembahan apa? Joget lambak ke? Poco2 ke?
hehehe...HR akan menyayi sahaja secara akustik dengan kawan2 HR yang sangat berbakat....
Siapa kawan-kawan HR yang terlibat dlm persembahan?
kalo boleh HR nak buat persembahan ramai2 atas pentas tu...tak da lah rasa ketaq lutut sgt...
dah ramai2 di atas pentas...haha...
Ok ni antara kawan2 HR yang terlibat:
Gitar1:Mdanjbon
Gitar2:ZazRee
Gitar3:Nana
Vokal1:Fiq
Vokal2:Ifwan
ada lagi ni yang akan terlibat tapi buat masa ni, yang ni lah dulu...
Lagu apa yang HR dan kawan2 akan persembahkan?
Ok dekat sini HR dah bocorkan 3 lagu yang bakal dipersembahkan iaitu Sofea Jane, Dua Jiwa dan Ayu pada malam tersebut, tp ada lagi 2 lagu masih di dalam simpanan.....tunggu malam dinner nanti...hehe
tak sabor nak bagi org menangis...haha
Ok jom layan video2 ni yang di upload oleh Mdanjbon....hehe..
credit to Camera Man: Shahir Zailan ('',)
Harapan HR semoga malam tu akan berjalan dengan lancar seperti yang telah dipraktiskan....dan menjadi kenangan terindah buat HR dan kawan2 semua..
Beri penilaian anda terhadap video ni =) Tidak menghiburkan (0 - 1 - 2 -3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10) Sangat menghiburkan.
Post kali ni jiwang sikit...maap la ya...tak berniat nak gunakan blog aku jadi tempat penyimpan rasa dan lain2..kalau boleh HR nak menyediakan sebuah blog yang boleh beri manfaat, ilmiah, pandangan, tinjauan dan sewaktu dengannya.....
tapi bukan tempat utk meluahkan rasa kecewa, mencipta kontoversi, gossip dll....hehehe...
"Blog merupakan sebuah tempat untuk kita buat apa yang kita suka,
jadikan blog seperti yang anda mahukan, memang tak salah".........HR
Ok lah, berbalik kepada tajuk entri kali ni...Wow Surga Cinta....kenapa bukan Syurga Cinta...ahh jangan banyak tanya lagi...sebab ni ialah tajuk lagu dari kumpulan Indonesia....Ada Band nama kumpulan tu...
Apa lagu Indonesia? kenapa highligt lagu ni?
haha....erm bukan nak mengundang kontroversi, tapi HR terpanggil nak kaji atau memberi ulasan tentang lirik ni di atas permintaan seorang kawan HR ni....
Cerita nya bermula di sini:-
HR ada post lagu ni dalam FaceBook HR, dan 5 minit kemudian, ada komen berbunyi macam ni........
Ok HR kat sini cuba lah membantu dia, dan kepada myHR mana tahu berminat nak tahu jgk....jadi HR kongsi di sini.....
Boleh ke HR mentafsir lirik ni?
entahlah...BM SPM HR dulu pn biasa2 ja...takpa yang penting HR cuba!!!!
Lirik Surga Cinta oleh Ada Band
Terdiam.. hanya bisa diam Dingin menyerang Disekujur tubuhku Layangkan mata.. menembus cahaya Putih kilaunya Meneduhkan Lamunan Masih jelas terlihat Pesona Ayumu Masih jelas terasa Getar dawai jiwamu Ahaaa..
Inikah surga cinta yang banyak orang pertanyakan Atau hanya.. mimpi.. yang tiada pernah berakhir jua
Perlahan bawa semua tanya Satu bersama Langkah di taman ini Terangkai bunga tanda Cinta murni adanya Tapi kekasihpun tiada Muncul hapus rinduku Ahaaaa..
Inikah surga cinta yang banyak orang pertanyakan Atau hanya.. mimpi.. yang tiada pernah berakhir jua Dimana aku sedang berada mengapa sendiri Lari telanjang tanpa seorangpun yang akan memperduli
Inikah surga cinta yang banyak orang pertanyakan Atau hanya.. mimpi.. yang tiada pernah berakhir jua Terbanglah cinta sampaikan sayangku hanya bagi dia Kan kurasa sepi.. meratapi.. malang tanpa dirinya
..............................................................................................................................
Ok HR simpulkan menggunakan bahasa HR saja ya.
Rangkap pertama lirik,
yang HR faham penulis sedang berkhayal, dia berada dalam kotak dunianya saja,
Bait pertama, dia cuba mendiamkan dirinya dengan harapan semua di sekelilingnya juga turut diam dan merasa apa yang dia rasakan.....
Penulis terasa seluruh badannya dingin, pandangannya pun mula kabur, dia bawa pergi jauh sejauhnya kotak pikirannya itu,
namun dia masih tak dapat nak lupakan gadis yang berjaya mencuri hatinya itu,
penulis masih terbayang-bayangkankan raut wajah ayunya gadis itu,
dan penulis turut merasa degupan hati gadis itu.....
penulis bertanya kepada hati, inikah rasanya cinta, seperti ramai perkatakan atau sebaliknya kemanisannya cinta itu hanyalah mimpi yang dia ciptakan...
Perlahan bawa semua tanya
Satu bersama
Langkah di taman ini
Terangkai bunga tanda
Cinta murni adanya
Tapi kekasihpun tiada
Muncul hapus rinduku
penulis terus mengorak rasa dengan penuh tanda tanya, namun rasa itu masih utuh terasa, dalam rangkap ini, penulis masih bermain rasa hati atau bercakap dalam hati, bermonolog namanya.. banyak persoalan yang timbul di kotak hatinya...dia bawa setiap persoalan yang wujud dalam hatinya pindah ke dunia lamunannya itu...satu persatu soalan cuba dia ungkaikan....
penulis terasa cinta sudah berada di hatinya tapi kepada siapa cinta itu akan dimiliki masih menjadi tanda tanya buatnya....dia cuba nak hapuskan rasa itu, iaitu rasa cinta, rasa rindu yang telah membuat dia jadi seperti itu......pergiiiiiiiiiii....
........Dimana aku sedang berada mengapa sendiri
Lari telanjang tanpa seorangpun yang akan memperduli
penulis tersedar kembali dari lamunan yang diciptanya, namun dia sedari lamunanya tak diketahui sesiapa pun sebab hanya dia saja yang berada di dalam kotak lamunan itu.
...Terbanglah cinta sampaikan sayangku hanya bagi dia
Kan kurasa sepi.. meratapi.. malang tanpa dirinya
penulis mengharapkan agar rasa cinta yang dialaminya akan sampai ke gadis idamannya
penulis juga tak mahu rasa sepi yang menyelubungi dirinya akan sentiasa menganggu jiwanya kerana masih belum memiliki cinta gadis itu........ sekian.
Ok, mungkin ramai yang dah dengar lagu ni, HR pun da agak minat dengan lagu ni, tapi lepas ni jgn sapa2 cuba bagi HR task macam ni lagi.....sangat mencabar kredibiliti HR dan terasa amatlah berat nak mendalami sesebuah karya orang...tapi hakikinya, penulis itu sendiri yang dapat mentafsir karyanya dengan baik...tafsiran orang2 macam HR ni, entah tepat atau tak...haha..kalo nyanyi saja HR pandailah..haha..
Ok lah kepada sahabat HR tu...harap berpuas hati la ya!!! =)
Tension! Tension! Tension!
Feedup! Bengang! Pening kepala!
Buntu! Blur! Emosi terganggu! Jiwa Kacau!
Hati tak tenteram!.....
adakah anda mengalami STRESS..hehe?
erm perkara biasa la tu...lumrah hidup, kalo tak mengalami stress maka busanlah hidup kita.. mendatar, flat jek...Jadi, apa kata kita anggap sahaja STRESS itu sebagai CABARAN buat diri kita untuk melangkah kehadapan dan teruskan perjuangan tapi bukan untuk menambahkan kekusutan, kecelaruan, kebimbangan dll... lagi kita pikir....lagi memudaratkan...yang susah nanti siapa? tak de org lain...kita juga...
baik pikirkan!
Stress ini merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, perasaan risau, murungan, hilang daya dan lain2. Ada rasa macam ni? anda dikategorikan orang yang tengah mengalami STRESS la tu.....
Gejala stress ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya. Senang citer, benda yg luar dr kemampuan/kebolehan kita......
soalan mudah je ni...hehe..erm meh nak citer..yang paling penting kita "think positif","take it easy" dan senyum...senyum merupakan penawar yg berkesan...
tak berjaya jugak... ok ok ok...HR faham tak semua orang sama cara menangani stress, betul tak?
Ok setiap individu mesti ada cara paling dia suka buat betul tak? contoh:-
-karaoke
-berkebun
-main gitar
-lepak2
-chating
-makan
-main dgn binatang peliharaan
-futsal
-shopping......dll
Ha, jadi kalau korang rasa tension/stress cuba buat aktiviti yang korang suka untuk menghilangkan rasa itu...contoh lain mcm HR, tengah stress sebenarnya ni...sebab tu terpanggil tulis pasai STRESS...
Kawan yang sejati adalah kawan yang boleh berada di sisi kita tak kira susah senang...tak salah kalau kita gunakan kawan untuk meluahkan rasa tekanan kita...tp pastikan kita pandai mencari kawan yg boleh mendengar masalah kita, jgn cari kawan yg boleh membebankan kita balik...lag1 satu jangan melempiaskan segala masalah kepada kawan kita..takut2 nanti die pn feedup...dengan kawan ni cuba kita bertolak ansur dan amalkan prinsip "give and take"..maksudnya, bila kita susah dan perlukan kawan, kita cari dia, dan tiba masa kawan kita pulak yang susah dan perlukan kawan, kita kena sentiasa ada utk dia....
sama jugalah dengan keluarga, kalau ada masalah ingat kita masih ada keluarga iaitu ibu, bapa, kakak, abg, adik dll..jgn buat keputusan terburu-buru..fikirkan orang yang tersayang...cuba kita luangkan masa dengan keluarga mahupun kawan2, mungkin dengan cara ini masalah/tekanan/stress boleh hilang.."sharing is caring"
-jangan melibatkan orang yang tak bersalah, kadang2 kita tak sengaja melepaskan tekanan kita kepada org yg tak sepatutnya...bahaya ni...cuba elakkan
-menghisap dadah,minum arak...ni lagi2lah bahaya...banyak cara lain yang kita boleh lakukan...dengan menghisap dadah dan minum arak ni, bukan mengurangkan masalah, malah menambah lagi beban yang ada...
-dan yang paling digeruni, jangan sesekali mencederakan diri anda atau dengan maksud lain BUNUH DIRI....
Reaksi stress adalah unik kepada individu itu. Apa yang kita definasikan sebagai stress,bagaimana kita beraksi kepada stress dan bagaimana baiknya kita mengawal stress adalah bergantung kepada bagaimana individu itu menerima dirinya dan orang lain. Seperti juga penerimaan seseorang itu kepada kebahagian dalam kehidupan, ianya adalah begitu subjektif.
tapi jika anda masih mengalami stress, dan tiada cara untuk meluahkannya, jangan lupa yang kita masih ada Tuhan yg Esa di sisi kita...mohon kepadaNya....ini adalah cara yang paling afdal patut kita ikuti untuk kita mengawal STRESS....
Semenjak duamenjak ni...HR byk post pasai corona lah, insulator lah, dll....
terfikir plak HR tentang mesti tak semua tahu ape itu insulator...betul x?? mesti ade yg tertanya2 apa itu Insulator, fungsi die, knpe wujudnya ia dan sebagainya...
sebab itu lah HR terpanggil rasanya nk post apa itu Insulator??
ok kita mulakan dengan definisi Insulator...
kalau kita melayukan maksud Insulator ni = PENEBAT....
Ok penebat merupakan satu bahan yang tidak dapat mengalirkan arus elektrik.
Contoh: Kaca, getah, kayu, seramik, kertas dll
kalo bahan yg boleh mengalirkan arus elektrik kita panggil die konduktor/pengalir.
contoh: besi, aluminium, logam dll..
apa fungsi PENEBAT dalam Voltan Tinggi?
Ok secara ringkas penebat ini dipasang seperti di Menara Pylon untuk memisahkkan atau mengasing antara pengalir dan penebat.
Selain itu, penyelenggaran mudah dijalankan sekiranya terdapat breakdown dll
Kalo kita amati dekat2 lagi... penebat ni akan dipasang di antara tiang menara pylon dan kabel. Ini bagi mengelakkan voltage short di tiang menara yang juga terdiri dari bahan pengalir. pendek citer diwujudkan penebat ini untuk memberi keselamatan kepada kita semua.
Antara kategori Penebat/Insulators?
1. gentian kaca
2. penebat komposit seperti getah silikon
dan panjang rod bergantung
Ok ini pula design yg telah direka oleh ahli kumpulan HR untuk projek semester.
Ujikaji: Design prototype of HV Insulator
Bahan: Plastik, Kayu dan gam sahaja
Ok supaya serba sedikit keterangan di sini dapat memberi penjelasan kepada myHR....
da layan ke Corona the Muvie...??
terima kasih kepada sesiapa yg da tgk...yg blum tgk lg boleh tgk dkt entri sblm ni...
Ok...ade byk gk feedback yg HR dgr dari kwn2...
tenkiu semua yer sb sudi bg kritikan yg membina...suke org kritik..atleast aku blajor something...
Ok untuk entri kali ne plak, nk share dgn korang video yg REAL TEST of our Insulator...
Video ni bukan lakonan semata2 dan dah takde main2 seperti video sblm ne...
cuba bandingkan video ni dgn video untuk Corona the Movie...Maybe u guys can learnt something there or more understand about the process of testing our Insulator during High Voltage Lab session.....
Location: High Voltage Lab, UTHM Johor
Thanks to editted video by Artz Jaafar
Mesti semua myHR tertnye2....Corona the Movie...ape tu????
sebelum tu nak taw ape itu corona?? bce kt bwh ni<aku google je...haha>
"Corona can be defined as a type of localized discharge that results from high, non-uniform electric fields. It causes deterioration of the insulator and sometimes causes complete breakdown. Proper design can reduce how often corona occurs, thus creating better protection and longer life of the insulator"
inilah hasil Insulator kumpulan kami yg hanya dibenarkan menggunakan Pinggan plastik, kayu dan gam sahaja.
Akhirnya video ni berjaya disiapkan utk presentation Insulator utk subjek High Voltage Engineering...
Masa shooting+editing+dll diambil mula dr pukul 2pg-7.30pg..... present plak pkl10.00pg....<nasib sempat...alhamdulilah>
Hampir keseluruhan editing menggunakan iMovie+Power Director<1st time guna>
Salam semua...da tgk video mukadimah pada entri sebelum ne?
seperti dijanjikan oleh HR (Hujan Rahmat) dan mungkin ditunggu oleh semua myHR (follower/reader HR)......aku nk publish dulu gmbr2 sebelum berangkat ke Sabah, semasa sampai di KLIA dan ketika di dalam FireFly
Kami tiba di KLIA pd pukul 4pagi kot..... sempat amik gmbr dan breakfast di McD sb flight 6.55pagi......
Okey...ini koleksi gmbr yang sempat di snap semasa di dalam FireFly~
erm da berkurun aku xbuka blog ne.....agk2 da 2tahun kot....sb mse aku create blog ni pn semasa di 1st semester aku di sini (UTHM), then aku post kt entri pn mse cuti sem......hmpir2 lahh 2 tahun tu...<kire halalah klo ade error sikit2 erk?>
knpe lama sgt aku xtulis blog ne.... entri aku biarkan <klo dalam kotak entri ne mesti da berhabuk> ne Aku citer antara halangan2nya...
1. aku msh mencari tujuan BLOG ini diwujudkan
2. aku juga msh mencari identiti BLOG ni agr femes <konon2>
3. masa yg selalu jeles ngn aku <aku yg jeles ngn masa sbnrnyer>
4. 2nd Post aku <da delete> penah jd kontroversi....<xterduga>
5. terlalu byk idea nk citer smpi xtaw nk post ape..hehe <ye ke??>
6. msh kurg mahir menggunakan blog <sy budak br belajar>
7. xde MOOD~
ada lg ke?<monolog dalaman>...itu je kot alasan2nya...
dan...detik ini, kala ini, waktu ini<tak de kene mengena apa2 pn...> seperti rasa Blog ini memanggil nama ku...rahmat..rahmat..rahmat..melambai2 ingin aku kembali kpdnya....<sadis plak> lalu hati aku terpanggil semula untuk menulis di sini, mencoret, menconteng pada dinding
apa2 pn....... saya mengucapkan "Welcome Home" kpd diri sendri dan kpd pengikut <ade ke?>, rajin2 lah menjenguk dan mengkritik bila perlu di sini.....('',)