Saturday, April 21, 2012

Hujan Makan: Yong Tau Foo

Salam sahabat-sahabat HR
 Ini adalah salah satu entri yang sudah lama tertungak dekat account HR... 
Berkongsi minat lagi tetapi kali ini minat terhadap makanan plak...

HR kalau setiap kali balik kampung (Taiping) masa belajar dekat U dulu, mesti datang singgah ke kedai Yong Tau Foo Kak Lia dekat belakang Bomba Taiping.... jadi kalau korang nak datang makan Yong Tau Foo yang sedap dan murah dekat area Taiping...Jom serbu kedai ni...

Promote sikit sebab Kak Lia ni selalu bagi harga makanan murah dekat HR, terima kasih Kak, semoga murah rezeki perniagaan akak...Amin

Anak dara Kak Lia ala2 Najwa Latif..hehe
Yong Tao Foo merupakan salah satu makanan feveret HR, kalau nak ikutkan sejarah yong tau foo ni, yang HR tahu merupakan sejenis makanan tradisi dari kaum Cina. Betul ke?
Betui la tu, tetapi telah diolah menjadi makanan rakyat 1Malaysia... 

Proses pemilihan dijalankan sebelum direbuskan
Pucuk, Sosej antara pilihan wajib HR
Ok, selepas pilihan dilakukan, tunggu Kak Lia rebus makanan tu dahulu sehingga masak... barulah dituangkan dengan sos pekat & likat bersama kacang tumbuk... Jadi, inilah hasilnya...terbaik!!!

Terliur dibuatnya.....



Kalau datang ke Taiping jangan lepaskan peluang singgah di kedai Kak Lia ok, baik orangnya, yang penting Insyallah harga memang tak cekik darah nak membayor.... hehe

Assalamualaikum


Friday, April 20, 2012

Hujan Idea: Bila Hobi & Minat dimuntahkan

Assalamualaikum
Salam Semua....
How are you??

Sudah lama HR tak lawat blog ini.. Kesian kau Blog mesti kau merajuk dengan aku kan.. Kecewa bertuankan aku..hehe..


Kali ni, HR kembali mengimarahkan blog ni sebab rindu nak tekan-tekan butang dekat keyboard sambil kepala otak melompat-lompat idea nak tulis apa..

Kali ini, tak da lah isu best sgt nak dikongsikan...cuma rasa sedikit teruja nak berkongsi HR punya aktiviti seminggu ni..haha

Dalam masa seminggu ni HR sibuk sikit, biasalah dengan training lagi, kerja dekat ofis boleh tahan jugak... tapi demi persahabatan dan minat HR terhadap rekaan kad2, HR  dapat menyempurnakan permintaan sahabat HR untuk mereka sticker atau satu Kad Ucapan Terima Kasih untuk cenderahati pada tetamunya semasa di Majlis Perkahwinannya nanti...

Inilah contoh yang kawan HR mahukan untuk design sticker pada paper bag :

Contoh


Sebenarnya HR tak pernah kongsi atau beritahu yang HR memang minat dalam rekaan card, banner, flyers, identity Tag, button ke...dan lain-lain termasuklah gambar...

Kalau nak ikutkan tak da lah HR hebat sangat pun dalam bab2 edit mengedit ni tapi HR hanya pandai Mix & Match ja..

Ok untuk tidak melengahkan masa korang baca HR punya blog ni... Jom la tengok beberapa Sticker yang HR design kn tuk kawan HR....


Tale of Love

Couple Key chain
Puzzle of Love

Rekaan ini dihasilkan menggunakan perisian Adobe Photoshop.... untuk design di atas ni memang HR Mix&Match sahaja..Jadi apa komen korang?? tinggalkan komen untuk HR improve lagi kreativiti yg ada....

Bye2 & Assalamualaikum

Wednesday, October 26, 2011

Coming soon!!

Serius lama giler HR tak update...
Serius malas giler HR nak post...
Serius HR rindukan blog ini....haha

Coming soon...???
what are nonsense of coming soon HR try to tell?
ya! Actually the end of october..is a very very special day to me will happen...
I'm full of excited for attend on my Graduation day.....

little teddy reuse for gift for my friends..hehe

Allhamdulilah....Lastly..... My graduation day come true on me!!

p/s:waiting for my Graduation Day's pic soon.....

Saturday, May 28, 2011

Hujan Ushar: Nur Kasih versi Hujan Rahmat

Salam semua.....

Nur Kasih versi HR? Apa kes entri kali ni??Ada cerita menarik ke??
Kali ni HR tak ada nak berfalsafah/ngomong/beri pandangan/ulasan panjang-panjang seperti kebiasannya HR selalu coret di dalam Blog ni.. hehe. Entri kali HR hanya nak share beberapa gambar yang kawan HR shootkan sehari selepas melayan Nur Kasih The Movie. Masa ni mood Nur Kasih masih membuak-buak sebab tu kami mengambil kesempatan untuk berpetang sejenak di suatu kawasan bendang atau sawah padi di Gunung Semangol, Perak.
Indahnya ciptaa tuhan...

Kebetulan time ni kawan HR, Diyana Farhana baru nak belajar guna DSLR hak milik brothernya... HR time tu jadi talent secara tak sengaja. Nasib baik kawan HR ni bawa adik dia, Aqif Iman, ada la juga teman nak bermain sebab kawan HR tu sibuk menguji DSLRnya. HR sibuk melayan adik dia sahaja.... Best layan budak-budak ni.

Jom tengok beberapa koleksi gambar HR yang berlatar-belakangkan sawah padi yang luas terbentang, sambil mengecapi keindahan matahari melabuh tirainya. Tenang lagi mendamaikan.




Yup..It's Me!!!

Bestkan kalau rumah tepi bendang, HR selalu teruja kalau dapat pergi rumah kawan-kawan yang dikelilingi bendang..hehe.

Ok...kepada semua..tunggu HR masukkan entri baru dari masa ke semasa ok.. Jangan jemu-jemu singgah di blog HR....TQ