Wednesday, August 12, 2009

sTudy(AkU.Kau.DiA)



setiap orang ada cara mereka tersendiri, cara yang aku maksudkan adalah cara mereka untuk study...aku ada dengan style
AKU, KAU pun ada dengan cara kau dan aku percaya DIA pun ada dengan gaya tersendiri.

kadang-kadang, hati ku merasa runsing dan cemburu dengan melihat cara orang belajar. perasaan ini selalu timbul di dalam hati ini sebab aku sentiasa inginkan yang terbaik untuk diri ku tetapi aku tidak tekun untuk melakukannya. aku memang tidak boleh 'stay up' lama di atas meja, di pustaka mahupun 'study group'. pendek kata aku memang seorang yang sentiasa panas punggung, tidak tahu duduk diam untuk memberi seratus per sen fokus aku di dalam sesuatu perkara.

aku impikan yang terbaik untuk diri ku, aku selalu mahukan segalanya yang BAIK & SEMPURNA...aku mahukan KECEMERLANGAN..tetapi usaha aku ke arah itu terlalu CETEK. apa yang tinggal hanyalah ANGAN-ANGAN semata...

berbalik kepada cerita aku,aku nak bercerita tentang apa yang aku lakukan untuk mendapat cara-cara terBAIK untuk mengulang kaji. ini semua berdasarkan pengalaman aku sepanjang aku menjadi mahasiswa.Mata, hati dan minda aku mula melangkah....

kawan pertama: kawan aku ini memang seorang yang 'hardworking' gila. kalau tengok cara dia study memang aku tidak boleh hendak ikut, tapi demi mengambil pengalaman.aku cuba juga. kawan aku ni dia suka study pada sebelah malam. bermakne di sepanjang hari dia akan tidur untuk pastikan sebelah malam dia berjaga. . menurut kata kawan aku ni, study pada waktu malam ni memang best sb keadaan sangat2 lah tenang dan sunyi sepi. aku pun mula berfikir dan cuba lakukan untuk mendapat mood study seperti dia. mula tu, aku rasa masuk lah jgk tp lama-kelamaan naik serabut otak aku. mana tidaknya, aku jadi lesu dan tidak bermaya di dalam kelas pada sebelah siang. sejurus balik kelas terus tidur untuk berjaga pada waktu malam pula.yang paling teruk bila kadang tu sampai terbabas abis tanggungjawab aku untuk memunaikan solat, terutama solat asar. ini tidak boleh jadi,aku tak nak ikut cara ni...

kawan kedua: aku teruskan kajian aku..hehe. aku nak cuba ikut kawan aku sorang ni yang suka menghabiskan masanya di pustaka. pustaka ni memang best, sejuk sebab air cond...hehe. tapi kawan aku sorang ni pun ke pustaka bersebab. nak tahu sebab apa? sebab dia study ngn awek die......erm aku pulak tak da awek, tapi nak juga tiru cara dia...hehe. aku pun mula memasang plan, aku ajak awek kelas aku sorang ni jd partner study aku tuk studi di pustaka.fuhhh..mmg efektif..awek ni memang bagi inspiration dekat aku untuk stay up lama di pustaka. tapi masalahnya, bila sampai dekat pustaka aku kana jumpa dengan ramai kawan sekelas aku juga yang sama2 mengulang kaji pelajaran. bila dah terlalu ramai pun tak menjadi juga.mulut yang lebih banyak berkerja dari minda dan tangan. tapi ada lah juga advantages bila study di pustaka ni, kita akan mudah dapat latest info dan ada ramai teacher..itu yang best..tak pe, teruskan kajian aku....

kawan ketiga:kisah kawan aku ni pula lain ceritanya, dia seorang yang suka study sorang di dalam bilik sahaja. lepak dalam bilik je, tak pergi ke mana2. bila aku pergi melawat dia di dalam bilik, aku rasa dia ni seolah-olah macam tubuh dia kena ikat dengan kerusi. tak berganjak lansung, memang respect gila lah, dia ni boleh duduk di atas kerusi untuk study dalam masa yang lama. memang tekun habislah. aku pn mengorak suara bertanya, " eh, cam mane ko leh lepak lama2 dkt kerusi ni, xsakit badan ke?". lalu dia menjawab" bila kita nak study sesuatu subjek, kita kena ada disiplin dan fokus, contohnya, kalo hari kita nak study MATH, pastikan semua buku2, nota2 etc siap sedia di atas meja. untuk mengekalkan tumpuan kita, alat tulis semuan kena prepare, macam kita nak pergi berperang, mesti nak sediakan weapon etc... jgn lupa air untuk istirehat dan sebuah jam meja. kita kena set kan sampai berapa lama kita nak study, 2 jam , 3 jam, pastikan kita gunakan masa yang diperuntukkan dengan betul dan fokus".aku tergamam seketika, dalam hati aku hebat gila dia ni, fokus gila, semua gila sebab aku rasa terlalu berat aku nak ikut. kemudian, kawan aku ni juga kan membuat soalan-soalan ujian mengikut masa sebenar yang diperuntukkan untuk soalan ujian tersebut. kalo aku memang terkapal-kapal dah ne..hehe. dia berkata dengan lebih lanjut, "pastikan tempat study kita dalam keadaan selesa, bersih da kemas"...sambil tu mata aku terpandang sebuah kusyen yang terletak di bawah punggung dia. bisik aku lagi di hati ku, :owh, betukl juga, byk perkara dan cara yang kita perlu lakuakn untuk naikkan mood study".

banyak tak aku describe tentang kajian aku terhadap style orang study, kalo nak ikutkan memang tak teriku aku ni. sedangkan aku adalah seorang insan yang selalu alpa. banyak lagi kalo nak diceritakan disini, tapi cukuplah ni saja yang aku dapat kongsi.kadang2 tu, tension je tengok orang study, kenapa mereka boleh buat macam tu, sedangkan aku ne tak boleh. banyak persoalan yan timbul di hati ku ni.
konklusinya, apa yang penting setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk study, kita ni perlu lah ikut cara yang kita mampu mengikut keselesaan kita untuk berada di mana. mana yang elok tu kita guna pakaikan tapi mana yang buruk tu, eloklah kita hindarkan. study tu tetap penting di dalam diri setiap pelajar untuk menjana kehidupan yang cemerlang. hasil analisis aku di atas, aku dah pun mempunyai cara terbaik aku untuk study. apa yang penting sekarang ini adalah usaha aku untuk menjayakan misi aku tersebut. USAHA.TAWAKAL.REDHA. dengan harapan, kajian aku ni dapat dikongsi bersama semua.

p/s: next story aku akan ceritakan jalan yang aku amik untuk study...to be continue..hehe

6 comments:

  1. cara mn yg plg efektif?
    aku pn nk try ni...

    ReplyDelete
  2. thanx fizah for ur comment...
    erm aku xpost lg cr aku pilih tuk study, tp dont worry aku akn post jgk nnt...
    sebenarnya cr study bergantung pada setiap individu, sb tu aku post tajuk ne pn "study(aku.kau.dia)"smua ada cr yg berbeza. bile ko tnye aku soalan "cara mana yg paling efektif?". aku xberani nak kata apa sebab setiap ada cr berbeza kn?anywhere kalo nk berkongsi cr aku.no matter..tgu next topik aku nnt.kita yang kena pandai mencorakkan nya sendiri..tgu next topik aku nnt ok.;-)

    ReplyDelete
  3. salam..
    rupanaya dah lama ko dah ada blog yer..
    aku tahu ni pun sbb ko dah jd author kat blog aku..
    so aku view la profile ko..
    menarik gak citer atas tu...
    kawan ketiga tu aku ker???..hehehehe
    100% lak tu..
    anyway thanks sbb joint blog aku..
    nnt kiter bersama2 berjuang untuk cermelang...
    aku xpernah kedekut ilmu, so jgn malu2 nk tanya apa2 wpun takut org ckp "soalan bodoh"...
    aku xkan pk mcm tu, wlapun cara aku ni agak kasar n cakap lepas..

    ReplyDelete
  4. hm....ak pn skrg msh lg m'cr cr yg t'baik utk stdy...n blog ko ne byk menolong m'buka minda ak...thanks...

    ReplyDelete
  5. eh...ira pun ada sini...rajin ko online time cuti2 ni..tp aku slu nmpak ko kat fb...sibuk main game kot..hehehe..

    ReplyDelete