Thursday, May 26, 2011

Hujan Baca: HR sebagai Cikgu (Part 2)

kisah ini adalah sambungan dari kisah HR pernah jadi Cikgu....

Seperti dijanjikan HR di entri sebelum ni, HR nak kongsi pengalaman HR menjadi cikgu Bahasa Melayu (BM) di kelas PO1.....seperti HR maklumkan sebelum ni yang HR rasa berat sangat nak mengajar BM sebab rasa macam tak challenging kena ajar subjek ni..haha, ramalan awal HR nampaknya sangat meleset, terlebih chalenging rupanya bila dah masuk kelas peralihan ni.... haha..walaupun orang cakap ajar BM je pun...tapi korang belum tahu lagi HR ajar Bahasa Melayu untuk siapa?..belum rasa, cakap memang senang..hehe

Ok, HR ditugaskan untuk mengajar subjek Bahasa Melayu untuk pelajar-pelajar kelas PO1.
Kelas apa tu??? Ha, kalau korang semua nak tahu kelas PO1 adalah kelas peralihan untuk pelajar-pelajar yang tidak mencukupi syarat minimum sekurang-kurangnya C untuk subjek Bahasa Melayu semasa UPSR akan ditempat di kelas peralihan di sekolah menengah sebelum menganjak ke tingkatan 1.

Kelas PO1 ini terdiri daripada 25 orang pelajar, 20 berbangsa Cina & 5 berbangsa India yang memang mempunyai kelemahan di dalam subjek Bahasa Melayu. Kalau nak ikutkan matapelajaran lain mereka sangat baik, terutama Matematik untuk pelajar2 cina dan Bahasa Inggeris untuk pelajar2 India.

Kelas PO1 sudah jadi 1Malaysia kalau termasuk HR..hehe

Pelajar kelas ini sangatlah degil, bising dan selalu bergaduh antara mereka. Sampai dengan HR pun mereka nak cari gaduh. Kalau setakat mencarut marut tu tak heran dah HR dengar. Masuk saja kelas ini mood HR mesti berubah. Muka kalau boleh nak bagi berubah warna merah pekat, bibir tak mahu mengukir senyuman lansung, konon-konon nak bagi mereka takut tetapi "Haiya, tak cukup takut lagi ma". Bila HR mengajar di depan, mereka buat perkara lain seperti bersembang, membaca majalah, sikat rambut & melaram depan cermin. Waktu HR ajar mereka boleh selamba badak buat perkara-perkara tersebut. Siapa tak tension???

Ingat nak berlakon jadi garang macam Hulk..hehe

Pernah HR campak majalah yang mereka baca keluar kelas, HR rampas sikat rambut tapi perkara paling mendatangkan marah bila dalam waktu kelas BM mereka buat homework subjek lain. Macam HR cakap tadi, mereka tak berminat nak belajar BM, tapi kalau Matematik, Pendidikan Seni...mereka suka sangat. Kalau macam tu, memang HR akan rampas buku latihan mereka sampai habis waktu kelas baru pulangkan balik.

Kalau bab denda-denda ini tak payah HR nak ulaslah..semua hukuman sudah diberi kecuali hukuman keluar kelas sebab mereka tak payah cakap keluar kelas lagi, siang2 dah mereka memang suka ponteng kelas. HR haramkan mereka pergi ke tandas waktu kelas HR. Kalau bagi peluang, memang tak balik ke kelas semula nanti. kalau teserempak dengan pengetua, penolong kanan, guru disiplin, HR juga yang kena nanti.
Haram ke tandas semasa kelas HR bermula..
Pelajar-pelajar kelas ini memang tak berapa fasih nak bertutur dalam Bahasa Melayu, payah HR nak ajar mereka sebab bila HR buka mulut saja, memang confirm mereka tak faham. Kadang-kadang dah jadi macam kelas subjek BI pun ada, because some student in this class able to understand English better than BM..dah HR mula berspeaking plak..huhu.

Tapi tak semualah yang kurang faham, ada yang masih memahaminya serba sedikit. Terutamanya Kok Hui, ketua kelas PO1, dia ni selalu digunapakai oleh HR untuk translator..hehe... bila pelajar lain tak faham, HR akan tanya, "Kok Hui, u faham ka?kalau u faham u terang kat kawan2 u jap"...lalu Kok Hui akan translate kan dalam Bahasa Mandarin..abis itu pelajar India macam mana?...erm HR la yang terpaksa bagi faham, kalau tak faham juga, HR suruh mereka buat2 faham je la..hehe.
Agak2nya macam ni kot HR tengah mengajar
Kadang-kadang HR terpaksa melukis dahulu nak bagi faham apa yang HR hendak sampaikan. Nasiblah HR lukisan cemerlang..haha..tapi kalau bab2 melukis ini ada pelajar2 kelas ni berminat...tak payah disuruh-suruh, kadang-kadang dah siap bercolour lukisan tu....

Bayangkan HR kena masuk kelas PO1 ni tiap-tiap hari, tiada terkecuali...
Seminggu HR diberi 13 masa dengan budak2 kelas ni:
1 masa = 40 minit.
Maka, seminggu ada 13 X 40 minit = 520@ 8jam 40 minit mengadap mereka.
Purata sehari masuk kelas PO1,
520/5= 104minit  @ 1jam 44 minit.

Hari-hari HR kena mengadap mereka dalam masa sejam lebih ni pun da tak sanggup rasanya..hehe
Nak ajar kelas ni memang kena mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, Walaupun penat & susah mengajar kelas ni..HR kena laksanakan juga sebab ini tangungjawab HR.

Kisah di PO1:
Pada satu hari HR terlampau begang dengan kelas ni, sebab tak tumpu perhatian dengan apa yang HR ajar...Apa lagi, HR memang naik angin dekat satu kelas & buat-buat merajuk keluar kelas..padahal time tu da malas nak mengajar sebenarnya..
tengok2 esok atas meja ada note "Minta maaf Cikgu", dan siap ada tandatangan pelajar kelas tersebut....

Maaf diterima wahai anak2 murid ku...hehe

Disertakan sekali beberapa kertas macam gambar bawah ni, ada banyak jugak la..yang hairannya, HR tak suruh buat denda macam ni pun tapi diorg terlebih pandai mendendakan diri sendiri..hehe..tapi yang tak tahan, cuba baca ayat bawah ni..."saya maafkan cikgu", aik!! Macam HR pula yang buat salah...haha..apa2 aje lah..

saya maafkan cikgu???
Yang ni pula contoh beberapa kertas ujian mereka... disuruh tulis ayat, die salin balik soalan..ni memang sah2 tak tahu nak tulis apa la ni...



Banyak tugasan2 mereka ni bila disemak boleh buat HR ketawa sorang2, mana taknya, setiap ayat yang mereka tulis mesti terbawa2 dialek percakapan mereka di kertas.. contoh macam dialog di bawah ni (100% hasil pelajar kelas PO1)

Page 1


Page 2
p/s: kalau kurang jelas klik saja dekat gambar tu...

Kadang2 tu sampai HR dan buntu nak ajar apa, nak mudah HR buat ujian ejaan BM... Ayat2 ejaan ni on the spot je HR fikir, sebab malas nak rancang awal2..ejaan ni dilakukan bila ada masa terbuang sahaja..hehe



Siap ada lukisan gambar HR lagi!!!
Walaubagaimanapun kelas ini banyak meninggalkan kenangan buat HR. Perasaan kecian wujud juga dekat pelajar-pelajar kelas ini sebab mereka masih belum fasih bertutur & memahami Bahasa Melayu dengan baik...HR dah cuba mengajar mereka sampai mana yang HR termampu. Harap apa yang HR ajar mereka dapat membantu mereka walaupun sedikit.

"Bila mereka nakal-nakal di dalam kelas, baru HR perasan betapa susahnya nak jadi cikgu, berdepan dengan pelajar yang bermasalah"

"Bila mereka bising-bising di dalam kelas, baru HR sedar, betapa hampa perasaan cikgu yang mengajar di depan" 

"Bila mereka tak boleh skor dalam ujian, baru HR terasa, betapa kecewanya seorang cikgu kerana pencapaian pelajarnya kurang memuaskan"

"Selama ini kita pernah mempunyai guru, tapi kita masih tidak dapat memahami perasaannya, tetapi bila kita sendiri ditempatnya, baru kita tahu bagaimana perasaan seorang guru"

Masa akhir tahun, HR dapat juga hadiah dari kelas ni sebagai tanda penghargaan..walaupun sudah marah2 mereka, selalu denda2 mereka, tetapi mereka ingat juga dekat HR..terima kasih buar pelajar PO1 kerana mengisi kekosongan dalam kotak2 kenangan HR....

kisah ini adalah sambungan dari kisah HR pernah jadi Cikgu....

5 comments:

  1. huhu.. sangat menguji kesabaran juga ya menjadi seorang cikgu ni.. nasib HR ni seorang yang kuat dlm menjalani kehidupan seorang CIKGU :)

    ReplyDelete
  2. TQ for comment....

    Inspirasi-nur: Mmg jadi cikgu kena banyak bersabar sebab kita akan berjumpa dengan seribu macam perangai pelajar. Semuanya berbeza2.

    Sidqi: kalau ajar lukisan kompem HR suka...lagi2 kalau ajar Lukisan Kejuruteraan..hehe

    ReplyDelete
  3. x percaya Rahmat pernah jadi cikgu...Cikgu Rahmat...hehe

    ReplyDelete
  4. hehe...ni br nak citer la ni..hehe...rmi yg tak taw senenarnya

    ReplyDelete